Followers

Wednesday, January 25, 2012

354. Masih Membawa Nama Wife Mr.X

Posted by Iera at 12:27 PM
Walaupun dah hampir 6 tahun berpisah dengan Mr.X tapi Iera terpaksa juga membawa status sebagai wife Mr.X. Bukan saja-saja suka..tapi terpaksa memperkenalkan diri sebagai wife Mr.X sebelum bagitau hal sebenarnya...Contohnya..

1. Iera pergi rumah kawan Iera, Yus..Mak mentua dia tanya Iera..'Macam biasa tengok..kat mana tak tau?' Dan Iera terpaksa bagitau..'Oh ni bini Mr.X, kawan asben Yus..'Lepas tu bila dah mak mentua si Yus ni interview sikit pasal Mr.X barulah Iera bagitau hal sebenar.

2. Kalau terjumpa mak kawan Mr.X..Bila si bapanya tanya siapa tu? Mak dia akan kata..'Oh..tu bini Mr.X..' Walaupun mak kawan dia tu dah tau Iera dan Mr.X dah berpisah..

3. Dan mak Mr.X pun still bagitau orang Iera bini Mr.X bila ada orang tanya siapa Iera kalau Iera singgah kat mak dia..Mak dia tak pernah sebut bekas bini Mr.X..Iera tak sure la, mak dia nak jaga hati Iera or memang dah terbiasa bagitau macam tu..Adik-adik dan kakak Mr.X pun still perkenalkan Iera ni kakak ipar depa..Mungkin susah untuk sebut perkataan 'bekas'..tapi Iera tak kisah sebab ini adalah realiti hidup Iera..apapun terima kasihlah kat depa sebab masih terima Iera dalam family depa..

Kalau nak cerita banyak lagi contoh-contohnya...Nak buat macam mana kan..dah dari awal orang dah kenal Iera sebagai bini Mr.X..Tak kisah lah..Sorry ye Mr.X..

*Agak-agaknya ada orang jeles tak kalau Iera still guna gelaran wife Mr.X..

1 comments:

Deqna said...

baguslah tu kak, maknanya keluarga belah sana still anggap akak as part as their family kan:)

 

Lakaran Kehidupan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea