Followers

Tuesday, January 3, 2012

347. Sebuah Hati..

Posted by Iera at 12:30 PM

Petang tu ( 30/12 ), Mr.X datang tengok Aina. Beria benar ( pasti ada sesuatu ). Tapi dia datang dah lewat, sebabnya Iera tengah standby nak keluar pi ambik Wani balik keje. Sempat la dia bermain badminton dengan Aina dalam 10min. Kemudian bila Iera start kereta, Aina mula buat hal. Tak mau ikut sedangkan kat rumah memang tak ada sesiapa dan Iera tak pasti pukul berapa akan balik. Terjadilah drama petang..

Aina meminta abah dia tidur kat rumah. Ataupun Aina nak ikut abah dia balik ( itu dilarang sama sekali oleh Iera ). Siap menangis-nangis. Mybe tak puas lagi berjumpa abah dia. Tapi Iera berkeras jugak. Akhirnya Aina terpaksa mengalah dan Mr.X terpaksa membuat janji palsu. Janji yang tak akan tertunai sampai bila-bila. Mr.X berjanji akan datang semula malam lepas balik keje ( kononnya )..Akan bawak baju dan tidur di rumah Iera ( seperti yang Aina mintak )...Lepas pelbagai janji dibuat, Aina pun lepaskan abah dia balik..

Pada mak Iera, Aina cakap perkara yang sama. Sehinggakan ke malam, Aina still menanti abah dia datang. Masa pukul 10 malam, Aina cakap :

'Abah ni bila nak mai. Kata nak tidoq rumah Aina. Ni mesti abah tertidoq ni. Bukan boleh harap.'

Sehingga ke hari ini, Aina masih mengharap sebuah janji. Tapi hakikatnya, janji itu hanya janji kosong.

Mr.X ada SMS pasal hal ni. Dia nak bawak Aina tidur rumah dia. Tapi Iera, seperti biasa tak akan pernah walau sesaat Aina berada disisinya tanpa Iera. Dan berlakulah sedikit pertelingkahan..macam biasa..Kejam? Biar Iera dituduh kejam dan dituduh pelbagai oleh sesiapa saja. Kerana Iera ada sebab. Iera tak mahu hanya kerana sesaat, Iera akan kehilangan terus Aina. Itu kebimbangan yang sentiasa ada dalam hati. Walau Mr.X punya hak tapi Iera juga berhak menentukan apa yang boleh dan tak boleh untuk Aina. Kerana apa? Kerana bila adanya 'drama-drama' sedih ini, hanya Tuhan Yang Tahu perasaan seorang ibu, seorang perempuan..Hanya Tuhan Yang Tahu apa tersembunyi dalam hati dan naluri ini..

Setiap saat, setiap ketika..Iera berada bersama Aina..menyelami perasaan Aina..mendengar keluh resah Aina bila teringatkan abah dia..sekejap abah itu..sekejap abah ini..Apa yang Iera takutkan dulu sudah pun terjadi kini..Apa yang pernah Iera tak ingin berlaku pasti akan berlaku..Iera pernah mengharap keajaiban tapi ianya tidak memihak pada Iera kerana Mr.X terlalu alpa mengejar keseronokan dunia sehingga terlupa pada rengekan si Aina.

Dan Iera takkan berpaling lagi setelah melihat keegoan seorang lelaki yang tak sekalipun menoleh pada Iera waktu dia melangkah pergi. Dan hari ini, Iera belajar menumpul segala kekuatan..menghimpun ketabahan dan memohon kesabaran untuk menempuh bukan hanya hari itu ( 30/12 ) tapi juga untuk hari-hari seterusnya 'drama-drama' sedih Aina. Iera pasti Tuhan akan bersama Iera...Insyaallah..

*Jika ada seorang lelaki yang pernah terniat untuk meninggalkan anak-anaknya hanya kerana mengejar duniawi, fikirlah bukan hanya sekali tapi beribu kali..Pandanglah pada redup mata si kecil yang tak mengerti apa..kerana mereka tak tahu apa..tak mengerti satu pun...
 

Lakaran Kehidupan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea