Followers

Friday, June 24, 2011

305. Keje + Kawan

Posted by Iera at 1:56 PM

Sejak kebelakangan ni memang terasa agak malas nak update..banyak story nak share sebenarnya..Dah tu keje yang makin bertambah-tambah..Kebelakangan ni jugak, Sales dan Pnp seolah tak percayakan kredibiliti dan kemampuan Iera dan partner Iera dalam keje. Hanya kerana satu email issue part yang kami send out, terus jadi issue besar kat company.

Bukan kami saja-saja nak send out email..tapi memang dari dulu lagi kalau kami tangkap reject or apa-apa yang tak kena pasal part wajib send out email..untuk bagitau depa yang part tu ada problem..( Ingat tak buang masa ke nak tulis email siap dengan capture photo dan report..)..lepas tu, Pnp pulak lebih trust kepada supplier kononnya supplier betul..Yelah, kalau kita ni supplier pun mesti kita akan buat perkara yang sama..Tapi depa terlupa yang depa tu cari supplier yang entah apa-apa..Barang tak quality bila kami tangkap reject, banyak proses nak kena buat..buang masa tunggu replacement sedangkan customer tengah tunggu part tu..

Dan satu lagi sebab..sebab yang jadi QA ni adalah orang Melayu..Depa semua ada Diploma dan Degree sedangkan kami ni cuma setakat SPM & STPM je..jadi pandangan depa kat kami rendah terutama tiap kali ada msitake ke apa ke..Boss Iera suruh kami dua improve kan dan diri dan reduce sebarang mistake untuk kembalikan balik kepercayaan depa..( tapi yang hairan tu..berjuta-juta barang depa boleh pun ship kat customer..). Oklah..start hari ni kena improve kan diri..Dan Iera dah nekad untuk buka mata depa tu..

Partner Iera bagitau yang dia dah dapat offer keje kat KMM. Sekarang ni dia tengah proses surat-surat, buat medical check up. Cuma resign letter je tak hantar lagi. Bukan apa, kat sini kena bagi 2 month sebelum resign..Kalau tak, kena pay kat company ( seperti yang tertera dalam offer letter ). Dah tu end month ni ada extra bonus untuk staff yang keje upper 20 month..jadi lepas rembat gaji baru dia nak hantar surat tu..Lagipun date lapor diri 4hb..Lepas ni mesti kelam kabut Iera sebelum dapat partner baru. Sebab keje Iera memang tak boleh buat sorang, sana sini 'tembak' jenuh dok kampoi..

Tak apalah, rezeki dia..Walau sebenarnya Iera yang dok berharap dapat keje kat gov..mybe rezeki Iera masih kat sini lagi..mybe ada rahmatnya..( untuk menyedapkan hati ) Tapi Iera tak jeles sebab bidang dia tu bukan yang Iera minat..yang Iera apply..Yang pastinya Iera doakan dia berjaya kat sana..Dan perbaiki kelemahan yang ada..

0 comments:

 

Lakaran Kehidupan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea