Followers

Monday, July 18, 2011

309. Bz Terlampau

Posted by Iera at 12:16 PM

Lepas kawan Iera resign, Iera semakin bz. Memang tak sempat nak update blog dan ziarah blog kawan-kawan..ini pun curi-curi lunch time. Itupun kalau lunch tak buat keje. Yelah sorang-sorang handle itu, cover ini..Sampaikan tiap-tiap hari memang balik keje 7.30malam..Sabtu datang keje half day. Cuti Hari Warisan hari tu pun datang keje jugak..

Memang akan ambik staff baru gantikan kawan Iera tu merangkap jadi partner Iera. Tapi terpaksa menunggu sebab yang nak datang interview tu semuanya sedang bekerja. Jadi kena ikut scedule depa. Kali ni pihak admin nak ambik yang ada Diploma or Degree. Iera? Terasa hati jugak. Nampak sangat macam selama ni pihak admin dok tunggu masa je nak hire graduate staff. Yelah, Iera dan kawan Iera ni cuma ada SPM dan STPM je..Apalah sangat kan sijil yang lekeh macam tu..

Memang ada kawan-kawan Iera cakap, pengalaman itu lebih penting. Iera kenal sangat staff-staff kat sini ( kebanyakan chineese ). Depa pernah buat Iera dan kawan Iera tu seolah ada Diploma macam depa...Seolah kami ni graduate..Pastu dok compare-compare pulak..Mybe sebab tu, bila salah seorang dari kami berhenti, terus depa ambik graduate person..

Iera rasa nak bersuara jugak tapi Iera diamkan je. Bukan apa, sanggup ke orang yang ada Diploma or Degree ni buat keje macam Iera sekarang? Boleh ke depa tu nanti potong dua screw M10, M14 macam yang kami dok buat sekarang ni? Bukan pakai mesin tau pakai gergaji..guna sepenuh tenaga..Memang orang cakap, tak baik menilai orang lain awal2 tapi entah la..Tak apalah, itu hak admin kan..Cuma Iera berharap, partner baru ni taklah 'berlagak' setanding Diploma or Degree dia tu..( dah beberapa orang kawan Iera bagitau, ada yang tak mau buat keje yang orang SPM buat sebab depa tu ada Diploma dan Degree..).

Bila yang akan ada partner baru? Entahlah..Still waiting..Tunggu depa free dulu baru nak datang interview..Orang cakap, wait and see je lah..macam mana nanti..

0 comments:

 

Lakaran Kehidupan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea