Followers

Thursday, July 28, 2011

315. Keje & Aina

Posted by Iera at 12:35 PM

Bos Iera dah bagitau, kalaulah Iera rasa tak sempat nak buat keje, boleh request kat AE or Techniqal Engin untuk tolong Iera sebab memang Country Manager suruh depa 2 orang tu datang ke warehouse bergilir-gilir tolong Iera. Tapi dalam 2 minggu depa mai sini, tak ada satu pun keje Iera yang depa buat. Depa suruh Iera tolong buat keje depa lagi la..nak tolak, depa tu orang atas Iera..terpaksa buat jugak la..

Iera pun memang tak harap sangat depa tolong Iera. Biar Iera settle sorang walaupun keje Iera berlambak sangat..Iera pun dah buat plan setiap hari..keje yang urgent, settle dulu..FA buat masa OT..

Badan dah mula rasa letih..Keje yang sepatutnya 2 orang buat, kena buat sorang. Iera berdoa agar masih boleh bertahan sehinggalah dapat partner baru..Kadang-kadang tu terpaksa bawak balik keje kat rumah cuma tak lah kerap sangat sebab Iera perlu spend masa ajar Aina buat homework dan membaca..Untungkan ibu-ibu yang tak bekerja..boleh mengajar anak-anak kat rumah..macam Iera ni, malam barulah nak boleh ajar Aina..

Tapi tak apalah..nak buat macam mana kan..Sebut pasal Aina, update terbaru..rajuknya makin menjadi-jadi..sikit-sikit nak merajuk..( ikut pernagai sapa ntah..hehe..).Tapi dah pandai membaca dah sikit-sikit..Yang paling ketara, Aina suka melukis..Jumpa kertas je nak melukis..Yang tu memang ikut abah dan mama dia la..hehe..Disebabkan Iera ni tak tinggi, jadi ketara sangat la bila Aina semakin besar..tapi ramai yang nampak Aina ni macam budak darjah 2. Padahal dia baru je 5 tahun..dengan ketinggian dan saiz badan dia tu...Yang penting, dia sihat dan permata yang terindah..

0 comments:

 

Lakaran Kehidupan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea