Followers

Monday, May 23, 2011

298. Kebimbangan Hati Mak

Posted by Iera at 3:58 PM

Actually, Iera tak salahkan mak dalam hal ni. Sebagai ibu, mak patut ada perasaan yang bimbang terhadap masa depan anak-anak. Setelah apa yang berlaku, mak selalu remind Iera beberapa perkara..Hati ibu mana tak kecewa tatkala anak dia sedang dikecewakan..Hati ibu mana tak sedih melihat kesedihan anaknya..Dan hati ibu mana tak pilu saat rumahtangga anaknya hancur..Dan kerana itu, mak sanggup berkorban menjaga Aina waktu Iera terpaksa tinggalkan Aina kerana keje malam dulu..

Tapi, apa yang mak fikir sekarang tak sama apa yang ada dalam hati Iera. Iera tahu, mak takkan percaya kalau Iera berkata hal sebenar..tapi Iera yakin suatu hari nanti mak akan percaya juga… Kenangan adalah kenangan..Ianya takkan berulang. Hanya sekali ianya terjadi, tak mungkin ada kali kedua..Jika kedua kali berlaku juga, tolong tampar Iera untuk ingatkan Iera semula dengan apa yang pernah berlaku dulu..

Sampai saat ini, kesakitan tak pernah hilang..Sampai ke hujung nyawa pedih itu masih mencengkam...
 

Lakaran Kehidupan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea