Followers

Wednesday, May 18, 2011

294. Pedulikan Mulut Orang

Posted by Iera at 4:16 PM
Dah dekat sebulan bb baru Iera keluar..tapi dalam masa tu tak ada sorang manusia pun kat ofis ni tau hal ni. Bukan Iera tak nak share berita tu tapi Iera pernah dihina dan dipandang rendah. Kononnya single mother macam Iera ni tak layak untuk memiliki apa pun..tak sepatutnya mencapai impian macam depa yang ada asben dan single tu.. Atas nasihat boss Iera..Iera terpaksa ceritakan jua hal ni..Apa yang depa nak kata lepas tu, terpulang kat depa..

Isnin hari tu..Iera pun ceritakan hal ni..dengan penuh adab dan sopannya..memang depa terkejut sangat..agaknya kalau ada yang sakit jantung boleh pengsan time tu jugak..Yelah mana depa nak sangkakan hal ni..kenyataan ni yang Iera dah ke depan dulu dari depa…Tapi yang tak bestnya..cousin Iera tu sampai ke balik tak tegur sapa dengan Iera..Sebelum ni memang dia pernah cakap..kalau nak pi ambik lessen, ajaklah dia sama tapi Iera pi sorang-sorang.. Tak ajak dia..Dan pada dia, Iera cakap yang Iera pi pun dalam keadaan tak sangka..keputusan dibuat mengejut. Dapat je bonus hari tu terus registered lessen dan sekaligus terus apply bb tu.. Lagipun Iera segan nak hebah-hebahkan kat orang. Sebab orang lain keluar lebih besar dari bb Iera..Nanti orang cakap kecewi pulak kan..So diamkan je..

Biarlah apa yang depa nak fikir dan kata kat Iera. Iera dah lama bersedia untuk itu. Lagipun selama ni apa yang depa tak pernah kata kat iera kan. Sekarang ni pedulikan apa orang nak cakap. Yang penting adalah kebahagiaan Aina..

0 comments:

 

Lakaran Kehidupan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea