Followers

Monday, February 7, 2011

250. Update Isnin

Posted by Iera at 9:04 PM
Mood hari ni mengalahkan Aina nak ke sekolah. Padahal Aina cuma liat bangun bila dikejut bangun. Iera mood sampai ke ofis. Bukan tak ada keje tapi entahlah.. Mungkin sebab terperap lama kat rumah..berlingkar macam ular sawa..jaga badan takut pecah lemak..tu yang rasa malas..tapi taklah teruk sangat.

Anak sepupu Iera menangis sepanjang jalan sebab tak mau ke sekolah. Kawan sekelas Aina pulak nangis-nangis sebab tak mau masuk kelas. Nasib baik si Aina ni dah Iera setkan otak dia supaya sukakan sekolah..perlu ke sekolah untuk pandai..masuk U..bila dah duit bolehla beli apa saja dia nak..

Ex yang 'menghilang' dua tiga hari sebab 'balik kampung' SMS bertalu-talu. Mintak maaf sebab tak jenguk Aina beberapa hari. Maaf! Iera cakap pada dia, tak perlu ucapkan maaf. Itu hak dia. Dan maaf itu bukan untuk Iera. Ada ke itu yang patut dia ucapkan sebaik saja dia sampai kat Penang ni?

Dan petang tadi, dia SMS lagi. Sebabnya nak mintak tolong Iera buatkan surat resign dia. Nak bagi kat company lama dia tu. Well, tengok sapa yang dia cari kan. Siapa? Bukan nak membangga diri dan mengungkit..Iera memang ikhlas tapi kenapa Iera? Kenapa tidak awek dia tu? Iera ni manusia biasa..Iera bukan manusia mulia yang hati sentiasa ikhlas dan bersih..Bila ada satu tahap tu, Iera terluah jugak ayat-ayat tak enak kat dia sebab Iera nak tahu apa erti kasih sayang awek dia tu pada dia? Adakah hanya untuk bercinta sedangkan hal-hal lain dia perlu cari Iera? Sebabnya masa Iera dan ex bercinta dulu..semua hal ex Iera yang uruskan termasuk pasal keje..Sebab dah nama pun kekasih kan.. Tapi ni Iera rasa pelik la..Adakala tu Iera terlepas cakap jugak kat diri sendiri..

'Bekas bini yang tak guna ni jugak la yang hang cari..'

Dan petang tadi, dia datang tengok Aina tapi sekejap saja sebab dia nak ke Pahang hantar barang..Pun inform kat Iera.. Tapi bagus jugak la dia bagitau, at least apa-apa hal Iera tau jugak..Sebab dia pun kawan Iera jugak..

0 comments:

 

Lakaran Kehidupan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea