Followers

Monday, February 14, 2011

252. Mak Tok

Posted by Iera at 1:14 PM

Pagi Jumaat dapat call dari Tok Wan, Mak Tok suruh balik. Nak jumpa semua. Lagipun dah lama kami tak balik sana. Kebelakangan ni Mak Tok tak berapa sihat..Dah lumpuh separuh badan. Mak memang selalu jumpa Mak Tok dan Tok Wan tiap kali depa ke hospital sebab mak Iera keje kat situ tapi Mak Tok tak kira semua tu. Dia nak kami balik kat rumah dia.

Sabtu pagi Iera, Mak dan Aina ke rumah Mak Tok. Sebaik saja sampai, Mak Tok menangis bila ternampak kami. Masa tu dia tengah berehat kat luar. Iera terus masuk dalam rumah sebab tak mau tengok adegan sedih mak dan Mak Tok. Mak Tok ok lagi masa tu. Kat rumah Mak Tok ada Mak Teh dan family, Pak Cik dan Mak Uda dan family. Tak lama lepas tu Pakcik dan Makcik Iera pun balik sama. Bila dah ramai, Mak The Iera pun masaklah sup tulang. Mak Tok sempat jugak tengok mak dan Mak Teh Iera memasak tapi tak lama lepas tu, dia dah mula tak stabil. Penat datang semula dan terpaksa dikejarkan ke hospital. Nasib baik Makcik cekap dan selalu drive hantar Mak Tok ke hospital.

Iera dan mak follow depa dari belakang. Dari pukul 2 tunggu kat hospital sampailah pukul 6 petang. Barulah dapat result yang Mak Tok terpaksa ditahan di ICU. Perut yang lapar tadi dah tak terasa bila dengar berita ni. Tok Wan, Mak cik, Mak, Aina, Maksu dan Iera tak sempat nak makan nasi pun. Terpaksalah beli roti dan kuih pau untuk alas perut. Kat ICU masih tunggu lagi. Sebab pihak hospital nak pasang alat-alat dan bersihkan Mak Tok.

Bila Aina buat hal sebab panas, Iera bawak Aina balik sekejap rumah. Lagipun rumah Iera dengan hospital hanya 5minit je. Bagi Aina mandi dan tukar baju kemudian datang semula ke hospital. Masa tu dah boleh melawat Mak Tok cuma tidak dibenarkan masuk ramai-ramai dan kanak-kanak tak dibenarkan melawat. Sedara Mak Tok dan Tok Wan datang bersilih ganti. Masa Iera masuk kat dalam wad tu, memang sedih sangat. Rasa tak sanggup tengok. Tapi kesedihan tu biarlah kat hati.

Iera, mak dan Aina tunggu sehingga pukul 12 malam selepas Mak Ndak sampai dari KL. Malam tu, Tok Wan, Maksu dan Mak Uda tidur kat situ. Kat luar wad.

Ahad lepas siap keje rumah, Iera bawak Aina ke hospital lagi. Keadaan Mak Tok still macam tu. Masih tak sedar kerana ubat yang dibius tu. Tunggu sehingga pukul 2 petang kemudian Iera bawak Aina balik rumah sebab Aina nak kena siapkan homework. Lepas siap je homework Aina pukul 5 petang, kami ke hospital semula. Masuk tengok Mak Tok dan muka dia yang pucat tu nampak bersih semula. Tapi dia masih tak sedarkan diri. Hanya surah Yassin dan iringi doa mampu diiringi.

Iera terpaksa balik sebab Aina nak kena sekolah. Tapi pukul 10 malam jugaklah baru kami balik. Mak pulak ambik giliran tunggu Mak Tok dan ditemani Tok Wan, Mak Cik dan Mak Ndak. Pagi tadi, mak bagitau hari ni doktor akan matikan suis mesin tu dan kena bersedialah terima apa jua kemungkinan. Hanya perlu redha..bersedia..dan tabah..

Tapi yang paling Iera mengagumkan sehingga kini adalah kasih sayang Tok Wan pada Mak Tok..pengorbanan Tok Wan menjaga Mak Tok..menguruskan hal Mak Tok sendirian..

0 comments:

 

Lakaran Kehidupan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea