Followers

Monday, February 7, 2011

251. Ayat Kedua

Posted by Iera at 9:30 PM
Aku rela tidur beralaskan lengan..
Asalkan kau sayang padaku..
Aku rela makan berlaukkan garam..
Asalkan kau setia selamanya..

Iera dapat ayat kedua ni dalam mimpi. Tak percaya? Ini benar. Masa tu Iera mimpikan seseorang..Seorang lelaki ( maaf, kalau agak menjengkelkan..). Dalam mimmpi tu, Iera tengah bacakan ayat ni kat dia dalam satu majlis. Tapi Iera tak tahu majlis apa. Memang khas untuk dia. Dan dia tersenyum. Siapa lelaki tu, biarlah menjadi rahsia Iera dan yang pastinya bukan dikalangan orang yang Iera kenal.

Bila Iera letak ayat ni kat status FB, ada la kawan Iera yang bagi komen. Kira pendapat la. Terpulang kepada pandangan masing-masing untuk menilaikan maksudnya. Tapi, kalaulah dipihak Iera..pada Iera..kalau dah sayangkan lelaki tu,,Iera sanggup susah senang bersama dia..makan nasi berlauk garam hari-hari manalah sanggup kan tapi kalau itu pengorbanan yang mesti kita lakukan untuk sebuah kasih sayang, apa salahnya.. Yang penting, kasih sayang kita dihargai..dibalas dengan sewajarnya..

Iera bukan bercakap kosong kerana pengalaman telah membuktikan segalanya. Memang susah nak cari lelaki yang boleh hargai kasih sayang kita..kalau ada pun mungki n1 dalam seribu...mungkin juga terselit di antara mereka yang tak setia..Apa pun kini, terpulang pada pendapat masing-masing..Yang pastinya, Iera akan simpan ayat ini..kerana ia datang dari sebuah mimpi yang indah..

0 comments:

 

Lakaran Kehidupan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea