Followers

Monday, April 20, 2009

23. Buku

Posted by Iera at 9:52 AM


Kelmarin, aku mengemas kotak2 khazanah aku. Dah lama aku tak bukak kotak2 tu. Kat dlm tu tersimpan buku2 teks masa Form 6, kertas2 coretan dan contengan serta paper exam. Ingatan aku pun terawang2 ke zaman sekolah. Suka dan duka silih berganti.

Tiba2 aku teringat pada sorang classmate aku. Suhaila namanya. Bukan aku nk aibkan dia dgn coretan ni. Tapi aku memang berjauh hati dgn sikap dia. Masa upper six, aku ada masuk essay contest dan aku menang tempat ketiga. Aku dpt hadiah sebuah novel ( aku lupa tajuk..) keislaman yg agak mahal harganya. Dia ada pinjam buku tu dari aku. Tapi, sampai sekarang dia tak pulangkan. Bukan aku tak pernah ingatkan dia ttg hal ni. Dari sebelum exam STPM sampai lah aku jumpa dia last thn 2001. Aku ada call rumah dia tp dia x ada. Ada hantar surat tp x ada balasan.

Bukan aku tak boleh beli balik novel tu. Bagi aku, ia ada value tersendiri. Novel tu aku dpt sebab menang contest. Kat dlm pulak, ada sign member2 class. Jadi, ia memang bernilai utk org yg berjiwa seni ( che wah...) spt aku. Bukan sj novel yg aku menang, semua buku2 dan novel yg aku beli ka yg org bagi ka, mmg aku syg sebab kat dlmnya tersimpan bermcm ilmu. Sebab tu sampai sekarang, aku masih simpan buku2 teks lama.

Dan aku takkan sesenang org lain utk bagi org pinjam buku2 dan novel2 aku. Aku akan tgk dulu siapa yg akan pinjam. Tetapi org tak pernah nak hargai. Aku akan tgk dulu siapa yg aku nk pinjamkan termasuk family aku sendiri. Aku dah pernah jadi manusia pemurah kepada semua org. Aku bagi buku atau novel tu dlm keadaan baik tapi bila aku terima mcm2 dah jadi. Terkoyak kulit la, tergolong di bahagian tepi la malah ada yg tak pulangkan langsung. Bukan sorang dua tp dah ramai. Sampai sekarang pun ada jugak yg peram novel aku.

Mybe org lain dan aku berbeza. Aku tak boleh mintak org lain jadi aku. Tapi kita ni manusia yg diberi akal. Fikirlah, itu hak org, milik org..Jadi, kita kena jaga amanah org seperti kita menjaga hak kita...Biarlah apa org nk kata tentang sikap aku yg kedekut ni. Sebab aku amat perlukan semua itu utk kehidupan aku. Utk cita2 aku.. Utk impian aku.. Sampai sekarang, aku masih membaca novel, masih melukis, masih membelek buku2 teks lama, masih menulis....sebab semua tu dah jadi sebahagian hidup aku.

Mak aku amat memahami diri aku. Walaupun aku pernah tinggal berasingan dgn mak aku, dia tetap menjaga khazanah aku itu. Dia tak akan benarkan adik2 aku usik kotak2 tu kerana dia tahu semuanya bernilai utk aku walaupun cuma secebis nota.

*Nasib akulah...

0 comments:

 

Lakaran Kehidupan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea