Followers

Tuesday, December 22, 2009

84. Warkah Buat Seorang Teman..

Posted by Iera at 10:21 AM 2 comments


Maafkan saya kerana telah membuatkan hidup awak kucar kacir..membuatkan awak terpaksa buang masa dengan benda2 yg remeh temah.. Bukan saya yang mulakan segala tapi awak. Saya tak pernah menjanjikan apa2 tapi awak yang selalu memberi harapan. Bila saya dah mula menerima harapan itu, awak bagai bermain tarik tali. Bijakkah awak?

Hati saya sudah cukup sakit setelah awak muncul semula. Awak buatkan hidup saya bagai di awangan. Dan apabila saya terhempas ke bumi, ia teramat sakit. Terima kasih atas segalanya. Cukuplah dengan permainan itu. Mungkin bagi awak, saya tidak selayaknya untuk awak. Kita memang seperti enggang dan pipi yang tidak layak beriringan walau di awan yang sama. Mungkin juga kita ini bagai langit dan bumi.

Kalaulah awak sedar semua itu dulu.. Kalaulah awak tetap mengagungkan persahabatan kita..Pasti tidak akan ada hati yang terluka. Pasti jua saya tidak akan menjauh sebegini. Mungkin suatu hari nanti awak akan sedar..kekurangan yang ada pada saya itulah yang akan membahagiakan awak hingga ke akhirnya..

Hati saya dah terluka..

Monday, December 21, 2009

83. Dugaan

Posted by Iera at 4:19 PM 0 comments


Dek krn Cuti-cuti Malaysia hr tu, aku dihentam hebat oleh ex. Mcm2 perkataan yg dikeluarkan dr mulut dia ( mulut tu lah dulu pernah ucap kata2 manis dulu kat aku dulu..x fhm aku ). Semuanya krn dia syak yg bkn2 kat aku. Yelah..selama ni aku mn pernah bercuti selama itu. Dah tu aku tinggalkan Aina pulak.

Tapi aku biarkan saja apa yg dia nak katakan pdku. Aku dah masak dgn perangai dia. Nanti dia sejuk la sendiri. Tak sampai seminggu pun, dia ok dah pun. Alasan call, nak ckp dgn Aina. Aku bg ajelah dia ckp dgn Aina.

Aku pun tak fhm dgn ex. Sebenarnya, apa saja urusan aku dah bkn urusan dia kecuali melibatkan Aina. Urusan peribadi aku adalah hak aku.

Thursday, December 17, 2009

82. Cuti-cuti Malaysia-PULAU LANGKAWI

Posted by Iera at 10:47 AM 4 comments
Mcm yg aku bgtau hr tu aku akan bercuti di sebuah pulau. Dan pulau yang aku pilih tu ialah Pulau Langkawi. Semuanya last minute. Ada sorang member invite aku join dia ke sana. So, aku yg tak pernah lg ke sana, ambik peluang ni lah. Aina aku tinggalkan pada mak aku. Mak aku pun tak kisah bila aku cakap nak ke sana. Aku bertolak Isnin pg ( 14.12 ) dan balik Rabu ( 16.12 ). Aku tak boleh nak cerita pjg2 kat sini sebab gambar masih ada kat member aku tu. Aku terlupa nak bwk kamera. Banyak benda aku kena settle sebelum bercuti. Memang masa fit sgt. Nantilah bila kwn aku dah send kat aku gambar aku akan upload kat sini. Apa pun inilah percutian yang terindah dlm hidup aku.

81. Starwalk Penang 2009

Posted by Iera at 10:00 AM 0 comments


Setiap tahun diadakan Starwalk Penang kat PISA. Seperti thn lps aku join starwalk ni. Pukul 4.30 pg dah kena bangun sebab selewat2nya pukul 6.30pg kena ada di PISA. Aku, Wani dan Shikin pergi sama2 dgn motorsikal. Disebabkan dh lama tak excercise memang terasa sgt bila dh start berjalan. Bukan mudah utk habiskan 10km dlm tempoh 2 jam ( ms yg telah ditetapkan ). Tp Alhamdulillah...berjaya jugak habiskan. Dpt sijil dan kupon cabutan bertuah. Tp aku memang tak boleh tunggu sampai habis cabutan bertuah tu sebab aku ada hal lain yang lebih penting. Tak tahulah kenapa kali ni aku rasa kurang sikit sakit kaki jika nak dibandingkan thn lepas. :)p

Friday, December 11, 2009

80. Update

Posted by Iera at 1:06 PM 0 comments
Kelmarin aku dh submit kat HOD Sales Assessment utk hujung thn. Setiap thn kena buat 3 kali. Memang penting utk kenaikan gaji dan bonus walaupun last year apa pn x ada. Dgr2nya thn ni ada kot sebab kedudukan ekonomi dh stabil.




Entah kenapa sejak beberapa hr ni ladtop aku buat hal je. Klik je mula nk hang. Mula2 tu semua staff kena tp bila depa dh ok, aku still lg mcm tu. Nak buat keje pn susah. IT staff minggu dpn br blh dtg check. Terpaksalah bersabar dgn keadaan ini.


Ahad ni ada STARWALK kat PISA. Mcm thn lps gak..aku join. Hrp2 thn ni dpt lg sijil mcm thn lps.. Kena habiskan 10km dlm tempoh 2jam. Dah la lama aku tak excercise.. Blh ke x nnti?



Isnin aku akan CUTI-CUTI MALAYSIA.. Di mana? Aku akan bagitau kemudian. Memang excited sgt dh ni..

Thursday, December 3, 2009

79. Tak Sukanya Aku..

Posted by Iera at 5:04 PM 2 comments


Aku tak suka situation ni.. Tak suka sangat2. Tapi mampukah aku utk tepis segalanya? Mengelak segala dan membohongi hati sendiri..

Aku ingin sebuah kekuatan dan keteguhan hati utk berdepan keadaan ni... Namun layakkah aku utk menolak hukum alam? Aku hanya manusia biasa..

Tensionnya aku!

Wednesday, December 2, 2009

78. Happy Birthday, Aina

Posted by Iera at 9:15 AM 0 comments


Selamat Hari Jadi, anak bonda..

Aina,
Kehadiranmu bonda dan abah nantikan
Untuk menyeri mahligai cinta
Melengkapi hidup berkasih sayang..

Namun,
Maafkan bonda
Kerana pernah biarkan kau merasai
Derita dan airmata bonda
Kerana membiarkanmu
Melalui sengsara bonda..

Bukan kehendak bonda dan abah..
Tapi takdir itu tak mampu ditepis
Inilah ujian buat kita, sayang..

Aina, anak bonda..
Adalah kekuatan dan ketabahan bonda
Adalah permata hati
Dan denyutan nadi bonda...

Usah kau gusar, duhai anak..
Walau hidup ini penuh ujian..
Akan bonda pastikan
Dikau sempurna segalanya..
Akan bonda redahi lautan dengan keringat ini
Untuk kecemerlangan masa depanmu..

Dan ingatlah, Aina..
Meskipun tidurmu tanpa dakapan kasih abah
Tapi cinta bonda seluas lautan..

Tuesday, December 1, 2009

77. Ntahlah..

Posted by Iera at 2:23 PM 2 comments
Td, sepupu aku yg keje sekali skype aku :

[2:04:38 PM] : Aku x mau tau la apa problem hang...
[2:04:56 PM] : tp jgn la dok sombong sgt...
[2:05:28 PM] : bila hang nak p toilet ka kntin ka ang ajak aku ikut x pnh dok tolak...
[2:05:44 PM] : tp sjk akhir2 nie aku ajk pun ang x mau...
[2:06:42 PM] : ang ada yg x puas hati ka dgn aku...
[2:07:01 PM] : klu ada bg tau aku pun x skit hati dgn prangai hang mcm nie...
[2:07:34 PM] : seolah2 nak kwn bila perlu saja...klu x mau x pyh la kan...
[2:07:53 PM] : 2 yg aku dok nmpk la...
[2:08:46 PM] : aku klu ang x mau ckp dgn aku pun aku x ksh...

Dan ini jawapan aku :

[2:15:02 PM] : aku mn ada apa..
[2:15:07 PM] : aku mmg mls nk pi..
[2:15:18 PM] : aku x ckp dgn hng bkn sbb aku x puas hati..
[2:15:24 PM] : mmg x dak bnda nk ckp..
[2:15:32 PM] : kdg2 dgn dyh pn aku x ckp..
[2:15:57 PM] : dgn k.ros pn kdg2 aku x ckp..

Aku tak tahu knp dia blh tnya aku mcm tu sdgkan aku rs mmg aku tak ada apa2 problem dgn dia. Semuanya berpunca apabila tadi dia ajak aku pi kantin beli mkn tengahari tp aku tak mau. Memang aku mls 2,3 hr ni. Bknnya aku tak puas hati apa. Dan dia pun nak lorat apa kalau aku tak pi sebab asben dia keje sekali. Dia boleh ajak asben dia pi. Ni tak, dia salah kat org lain. Asben dia simpan.

Aku tiba2 rs drop sgt dgn perkara remeh temeh ni. Kdg2 perkara2 mcm ni lah yg blh menjatuhkan reputasi aku. Aku tak tahu apa lagi dugaan yg harus aku lalui lg utk teruskan hidup ni..
 

Lakaran Kehidupan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea