Followers

Friday, June 17, 2011

303. Bila Aina Demam.

Posted by Iera at 3:32 PM
Aina demam lagi kelmarin. Tapi lebih teruk dari biasa. Kali ni tak boleh bangun. Hanya baring je. Makan nasi cuma 2 suap. Lepas tu tidur balik. Iera? Still kene keje macam biasa. Sebab keje banyak lately ni. Sudahnya Mak yang ambik cuti jaga Aina...

Petang, abah Aina datang tengok. Belikan apa yang Aina nak makan. Malam, Aina still demam lagi. Tak mau makan nasi, tak mau makan apa pun. Hanya nak tidur saja. Tapi pagi ni, Alhamdulillah..Aina dah beransur sihat. Panas pun dah tak ada. Ikut jugak petua yang adik Iera bagi. Basahkan stoking kemudian sarungkan kaki dia..nanti panas tu akan kian kurang. Tapi hari ni Aina still tak ke sekolah. Bagi dia rest kat rumah pengasuh dulu..

Mak? Suruh Iera bagitau cikgu supaya Aina excuse dalam acara sukan. Mungkin tiap-tiap hari berlatih kena panas, kemudian balik main panas lagi..tapi Iera rasa biarlah Aina join acara sukan tu..Ni lah masanya Aina nak aktif sukan kan..Tapi kalau Aina tetap tak boleh nak join, nak buat macam mana kan..

0 comments:

 

Lakaran Kehidupan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea