Followers

Friday, June 17, 2011

304. Betul ke Sama?

Posted by Iera at 4:55 PM


Tadi ada sorang mamat tu datang ofis pasal keje ( minat la kat dia..hehe..). Masa tu Iera kat warehouse tengah sembang dengan budak whse..Dia masuk terus je terpa kat Iera sambil sua form. Iera dah faham sangat terus bagitau dia, dia kena masuk dalam ofis Jumpa sepupu Iera..Muka dia merah padam..Yelah, mesti masa dia masuk tadi tu dia ingat Iera ni sepupu Iera kan..

Sama ke muka kami ni? Kat mana yang sama nye? Bukan mamat tu sorang je selalu tersilap, kadang-kadang orang lain pun sama.. Kalau yang mulut ramah tamah siap tanya lagi. Kami ni dua beradik ka..Saudara mara? Kalau yang jarang jumpa, mesti confius. Depa selalu ingat Iera ni sepupu Iera. Cuma senyuman kami je yang membezakan kami. Kat situ yang depa boleh perasan.

Tinggi? Iera tinggi sikit dari dia..Saiz badan? Lebih kurang sama tapi cutting je yang berbeza. Cara jalan? Iera tegak tapi dia macam nak bongkok sikit. Cara pakaian? Kalau datang keje, Iera lebih banyak pakai baju kurung sedangkan dia pakai jeans dan T'shirt company ( dia under department lain ). Tu macam mana? Sama ke kami ni?

0 comments:

 

Lakaran Kehidupan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea