Followers

Friday, June 17, 2011

302. Cun & Kongsi

Posted by Iera at 2:25 PM




Walau macam-macam komen dan kritikan dari pelbagai pihak tapi yang pastinya 2 buah filem ni WAJIB ditonton Aina setiap malam. Lepas siap je buat homework, Aina akan tengok filem-filem ni. Kalau cuti sekolah, dari pagi sampai ke malam tak tau lah berapa kali Aina tengok. Dah larang tapi Aina tetap nak tengok jugak. Sekarang ni dah siap boleh hafal skrip lagi. Bangun pagi je..

'Hang nak kawin kan..hang pi balik. Aku kata hang pi balik..Atan!’-Skrip dari filem Cun.

Kalau dari filem Kongsi tak usahlah cakap. Hampir keseluruhan dialog dalam filem tu Aina dah hafal. Walau apa pun orang sekeliling pertikaikan Iera sebab biar Aina terpengaruh dengan filem-filem tu tapi bagi ia sekadar hiburan. Lagipun filem-filem tu taklah berat sangat..tak ada adegan-adegan berat..kira santai je..

0 comments:

 

Lakaran Kehidupan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea