Followers

Tuesday, June 29, 2010

162. Keinginan Aina

Posted by Iera at 12:43 PM


Sampai rumah petang kelmarin, Aina dah ready untuk ke McD. Aku call ex tapi dia masih kat klinik buat medical check up. So, aku suruh Aina keluar bermain dulu. Tiap-tiap bulan macam ni. Mesti ke McD dan KFC dengan abah dia. Aku, join sekali la..hehe..Mak bagitau, Aina bercakap dengan kucing Mak Njang aku yang selalu datang rumah.

Aina : kucing duduk rumah tau..Na nak pi McD. Nanti Na bawak balik McD.
Mak : kucing x makan McD la..makan nasi.
Aina : kucing kena makan McD sama..bagi gemuk macam Na..tok jaga kucing, Na nak pi beli McD.

Alahai, Aina..

Pukul 7 lebih baru dapat keluar. Itu pun dalam hujan yang lebat. Seperti biasa, Aina yang duduk di sebelah ex. Kali ini bertukar angin. Biasanya McD Bandar Perda tapi kali ni ke McD Auto City pulak. Bukan apa, asyik habis saja the latest toys. Dapatlah aku dan ex memenuhi kehendak Aina hari ini. Semuanya untuk Aina. Supaya hidup Aina tak pernah terlepas dari merasai detik bahagia bila bersama abah dan mama seperti orang lain.

Perasaan? Biasa saja..Hanya sekadar seorang kawan..hanya sebagai mama dan abah Aina. Yang lain tu, dah lama berkubur..

4 comments:

Deqna said...

baguslah akak dengan x akak..walaupun dah tak bersama tapi demi anak masih lagi buat yg terbaik.

cheqna said...

salam
bagusla akak..
itulah ibu kan...semua yang dilakukan hanya demi kerana seorang anak..
tahniah kak =)

Iera said...

Deqna : yang terbaik untuk anak..terpaksa lupakan apa yang dah berlaku

Iera said...

cheqna : w'salam..
memang betul..semuanya demi anak..
thanks..

 

Lakaran Kehidupan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea