Followers

Wednesday, August 19, 2009

50. Hati Milikku..

Posted by Iera at 1:35 AM


Email yg aku terima dr seorang kwn baru2 ni telah mencalar sedikit perasaan aku. Terlalu banyak dia menilai aku. Dan slh satunya, dia merasakan aku terlalu taksub utk berkasih syg..terlalu teruja utk mencari kebahagiaan. Benarkah itu? Dan, aku memang tersangat berjauh hati dgnnya meskipun aku tahu itu hak dia dlm menyuarakan pendapat. Tapi dia tidak pernah tahu akan kisah sebenarnya.

Mungkin saat ini dia sedang bahagia sehinggakan dia terlupa aku juga pernah merasa bahagia yg pernah dia lalui sekarang. Bkn setahun dua tp 8 thn! Aku juga spt dia yg mengharapkan kasih syg itu berpanjangan ke akhir hayat namun siapalah aku.. Takdir yg kita tidak pernah duga itulah sering berlaku dlm hidup. Sewaktu pertama kali mak menatap sinar mata Aina, dihati mak aku telah terdetik bhw kebahagiaan aku itu tidak akan lama. Namun rasa seorang tua dipendam dlm hati. Dan kebimbangan itu akhirnya menjadi kenyataan.

Dia tidak pernah tahu apa yg pernah terjadi dulu dan aku rasa dia tidak perlu tahu. Aku tidak pernah menyesal dgn takdir itu krn sekurang2nya aku dah tahu takdir buat aku. Aku tidak malu utk bersuara siapa aku kerana aku bangga dgn takdir yg tertulis sekarang. Aku ada Aina, aku ada kerjaya, aku ada keluarga dan aku kian ghairah memburu impian dan cita2. Dan kerana kekecewaan takdir utk aku, aku jadi manusia yg tabah..manusia yg kuat utk meneruskan hari2 yg sentiasa diuji demi utk Aina.

Jgn pernah menghina aku kalau tidak tahu kisah sebenar. Aku bkn kemaruk utk berkasih syg. Aku blh menerima hati sesiapa saja. Tapi AKU TETAP MEMILIH HIDUP SENDIRI dan AKU SELESA BEGINI..Tidak pernah terdetik dihati utk aku merubah takdir sekarang. Bagi aku, biarlah kasih ku tertumpah utk Aina seorang. Biarlah ku redah onak duri hanya utk Aina kerana hidup aku pasti tidak kecewa lagi.

Dan aku juga tidak pernah ingin merampas kebahagiaan sesiapa kerana aku tahu sakitnya rasa bila cinta dikhianati. Jauhilah aku jika takut tergugat. Aku tidak akan marah. Tapi jgn sesekali meletak maruah aku serendah2nya..

1 comments:

jemarisepi said...

IERA...
PEDULI KAN MEREKA..MEREKA X TAHU & X RASA SEPERTI MANA YG KITA TAHU TTG KITA & RASA TTG KITA...
MEREKA BOLEH BERKATA2 APA SJ PADA KITA KERANA MEREKA BUKAN DI TEMPAT KITA...JANJI KITA TAHU SAPA KITA..MEREKA..?APA MEREKA PEDULI LANTAK KITA LAH KAN...HIDUP KITA...

 

Lakaran Kehidupan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea