Followers

Thursday, August 13, 2009

49. Pergi Tanpa Pesan..

Posted by Iera at 12:02 PM
Pg kelmarin, bapak tiri aku meninggal dunia lebih kurang pkl 6 pg. Arwah tak ada sakit apa. Kira dia meninggal dlm tidur. Sehari sebelum tu, arwah hantar dan jemput mak aku balik keje mcm biasa. Lps tu ambik Aina dari rumah mengasuh. Waktu aku sampai kat rumah lps balik keje, arwah tgh servis motor mak aku. Pastu arwah sempat mkn murtabak yg aku beli kat psr mlm. Arwah bgtau mak aku hendak tidur kejap lps maghrib dan srh mak aku kejutkan kalau mak aku dh nk pi rumah kwn mak aku.

Ms dia tidur, mmg dia berdengkur agak kuat. Tp dh mmg mcm tu bila dia tidur, jd kami semua tak syak apa2 la. Bila mak aku kejutkan dia bangun sebab mak aku nk ajak pi rumah kwn dia, arwah tak bangun. Jadi, mak aku biarkan saja. Sampai lah ke pg tu, mak aku kejutkan arwah. Masa tu arwah masih berdengkur lg. Bila dah tak dgr bunyi dengkuran tu, mak aku pi lh gerak. Tp ms tu arwah dh tak bernafas.

Mak aku panggilkan mak sedara aku sebelah rumah utk tengokkan. Mak sedara aku pn ckp mmg dh tak ada nadi. Utk confirm lg, adik aku call ambulans. Dan arwah dibawak ke hospital. Kat sn mmg disahkan arwah dh meninggal 5 min sebelum dibawak ke hospital. Pihak hospital buat operation kat dada dan tak dpt sahkan lg punca arwah meninggal sebab arwah mmg sihat.

Mayat arwah di bawa balik ke rumah keluarga arwah. Aku, Aina, mak aku, adik-adik aku pi sana. Ramai yg tak sangka arwah meninggal dunia sebab arwah mmg tak sakit. Tapi kwn2 mak aku dan mak arwah mmg perasan raut wajah arwah yg nmpak lain. Ramai jugak family sebelah mak aku yg dtg termasuk tok wan dan tok aku. Mayat arwah dikebumikan lepas Asar.

Aku, Aina dan mak aku mmg ada full day kat sn. Aina tak rs takut ms tengok mayat dimandikan dan dikebumikan. Aku dan Aina balik dh ptg. Mak aku tidur kat sn sebab mlm nk buat kenduri tahlil. Masa Aina tidur, Aina mengigau siap nangis2 lagi. Aina mmg rapat dgn arwah. Dr Aina kecik sampai la sekarang aku tinggal dgn mak aku dan makaku dan arwah yg selalu hantar dan ambik Aina dr rumah mengasuh. Kira arwah dan mak aku selalu usung Aina ke sana sini sampaikan Aina panggil arwah Abah Hitam ( kulit arwah hitam manis ). Aku tak tahulah Aina akan rs mcm mn nanti...2,3hari sebelum meninggal pun, arwah tak bg Aina ikut aku dan Wani pi Jusco, srh tinggal dgn arwah kat rumah.

Arwah kawin dgn mak aku dh 8thn. Lps beberapa thn arwah ayah aku meninggal. Dgn mak aku mmg arwah tak ada anak tp arwah ada sorang anak perempuan dgn bks isteri dulu. Anak dan bekas isteri arwah jugak tgk mayat arwah. Mak aku mmg tak ada problem dgn depa.

Moga roh arwah dicucuri rahmat dan diampunkan segala dosa. AMIN..

1 comments:

jemarisepi said...

TADZIAH DEAR...
MOGA TABAH & SABAR MENGHADAPI UJIAN ALLAH..MATI TU PASTI..MOGA ROHNYA DICUCURI RAHMAT & DI TEMPATKAN DI GOLONGAN YG BERIMAN..AMINNN..AL-FATIHAH

 

Lakaran Kehidupan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea