Followers

Monday, March 23, 2009

18. Comelnya Kamu Dimataku..

Posted by Iera at 4:02 PM




Iera di tag oleh cik Jemari kita utk menjwb soalan yg berbunyi :

ANDA DI TAGGED untuk menjawab 10 sebab mengapa SI DIA COMEL di mata anda! Hehehe... Boleh pilih si dia itu suami, kekasih hati atau sahabat sejati.

Org yg sentiasa comel di mata iera ialah..NURUL AINA NAJIHAH….
( sorry, iera ltk gmbr ms Aina umur 1 thn lbih, gmbr trbaru blm capture lg.. )

** COMELnya bila dia MENJERIT memanggil nama aku tiap kali bangun dari tido. ‘Mak.. Mak…’ selagi tak menyahut, selagi itulah dia akan menjerit.

**COMELnya bila dia TAK RETI DOK DIAM. Ada saja yg hndak dibuatnya. Dia cuma akan berhenti bila nak minum susu, nak tido atau tgk tv sj.

**COMELnya bila dia KHUSYUK tgk tv sampai mata tak berkelip2. Kalau aku panggil pn tak dgr. Tak kiralah crite apa, yg penting dia suka…Sampaikan hero dan heroin dlm crite tu pn dia ingat. Terutama sekali Jelita dan Juli..

**COMELnya masa dia MENANGIS bila aku pura2 tido. Dia sangka aku mati mcm yg dia tgk dlm tv. Selagi tak bukak mata, selagi tulah dia akan menangis sambil tepuk muka aku. Dia akan kata ‘ mak, jgn mati..’ sedihnya..klaulah hal tu terjadi kan..

** COMELnya MATA dia mcm pakai celak. Semua org ingt aku boh celak kat mata dia. Tp tu mata original.. Bila aku tnya ‘ Aina, mata cantik mn?’ Dia pn pejam celikkan mata dia tunjukkan mata dia tu. Kalau menjeling, mmg tajam jelingan dia tu..Rindunya….

** COMELnya bila dia MALU tiap kali klau org pandang dia lama2 atau org yg dia tak kenal tegur dia. Mulalah dia peluk dan sembamkan muka kat dada aku.

** COMELnya bila dia selalu kata GOOD MAK kat aku. Tu menandakan akulah mak yg terbaik utk dia..

** COMELnya bila dia MERAJUK....mesti dia diam, langsung tak mau berckp dgn sapa pn smpai berjm2 lamanya selagi aku tak pi pujuk dan peluk dia.

** COMELnya bila dia KENA MARAH dgn abah dia tiap kali baling brg permainan. Mulalah dia peluk aku dan tak mau tgk muka abah dia langsung…Takut..

** COMELnya bila dia nak aku CIUM dan PELUK dia tak kira kat mn dan bila. Kdg2 tgh jln di pasaraya pn dia mintak aku peluk dia… Sweet sgt…


Mmg dia comel di mata aku. Dia adalah semangat dan ketabahan aku. Anugerah yg tak ternilai utkku. Aku syg sgt kat dia. Krn itu, aku cuba penuhi sgl keinginannya... Dia memang COMEL SGT DI MATAKU... SYG, AINA..

0 comments:

 

Lakaran Kehidupan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea