Followers

Friday, March 6, 2009

14.Dari Bidadari kepada Semua Bidadari....

Posted by Iera at 10:38 AM
Cantik tdk terbanding, serba sempurna tiada cacat cela dlm dunia halusinasi-mungkin utk sesetengah dpd kamu tertanya2 : ‘Hai..layakkah aku ini dimetafora bak bidadari?’

Percayalah, ada bidadari terindah dlm diri kita semua. Ada kebijakan, ada kebitaraan, ada keunikan dlm diri kita semua. Wanita, kita didtg dr rusuk kiri lelaki, yg lemah tetapi kita dianugerahkan kebesaran utk menyempurnakan fitrah hdp lelaki yg sasa gagah! Bukankah besar peranan kita, krn hdp kita berputar2 dan kita dpt merasai sejuknya didodoi ibu, bahagianya dicintai lelaki, lengkapnya menjadi ibu, seronoknya menimang cucu ( oh-oh, yg ini saya lama lagi! ) tidakkah kamu semua setuju? Jadi, wanita, mari kita renung kembali, apa yg telah kita lakukan utk diri kita sendiri, utk famili, juga utk seluruh komuniti yg kita diami? Kukuhkan personality kamu, bekali cepu kepalamu dgn sewajar ilmu spy anak keturunanmu mengiktiraf siapa kamu dan mengiktiraf pencapaian kamu. Dan InTrend sendiri saya yakini- tdk banyak-mungkin sedikit tetapi menumpahkan ilmu gaya, tips kecantikan dan petua jati diri utk kta semua sama2 perbaiki kelemahan, capai kualiti hdp tertinggi yg kita idam2kan.

Oleh : Rosie Haslinda ( Editor )
Sumber : Majalah InTrend Mac

Selamat Hari Wanita Sedunia!

0 comments:

 

Lakaran Kehidupan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea