Followers

Thursday, March 5, 2009

13.Kraf Kreatif Mak..

Posted by Iera at 3:30 PM



Nak tau ni bekas apa? Ni lah bekas telur yg mak aku buat. Kreatif x? Aku sajalah capture gambar ni dah alang2 bawak tempahan kawan aku. Tapi ni bukan idea mak aku. Idea ni entah dari siapa pun aku tak tau. Sebab sample tu mak aku ambik dari Pakcik aku yg pi kenduri rumah kwn dia. Bila mak aku tgk dan berkenan, mak aku pun trylah buat tapi mak aku edit sikitlah.. Sekarang ni, bekas telur ni dah jadi pendapatan sampingan mak aku. Kalau ada org nk tempah, mak aku akan buat.

Bahan2 tu memang senang. Cuma ambik botol mineral yg kita nak buang tu, potong ikut ketinggian yg kita nak, baki tu kita potong utk buat tempat pegang,kemudian basuh bersih2 dan jemur bagi kering. Kemudian ambik la reben yg kita nak, lekatlah kat body botol tu dgn gam UHU. Boh span kat dlm supaya telur dok elok je kat dlm tu dan boh la bunga mengikut citarasa...

Bekas ni bukan utk telur saja, tp boleh jugak boh coklat ke,apa2 ke yg suka. Mak aku jual satu bekas RM1.20 ( utk reben ni lah..) Kalau nak reben murah, harga pun akan murah sikitlah..Bergantung pada rebenlah katakan..

Dari muda2 dulu, memang mak aku suka sgt buat benda2 kreatif. Kalau ada kenduri, mesti org kg ke, sedara ke yg cari mak aku utk buat gubahan hantaran, bunga telur dan mcm2 lagilah...Masa tu mak suri rumah sepenuh masa. Dalam sibuk2 melayan karenah anak2 yg nakal ni, sempat jugak jadi Naib Juara Gubahan. Bukan kata gubahan, masak makan pun mak aku terer. Roti jala? Kuih Seri Ayu? Murtabak? Sebut saja masa tu mesti dpt mkn punya. Sebab tu anak2 dia dari kecik sampai besar 'debab2' semuanya. Tapi sekarang, mak aku cuma buat semua tu kalau ada tempahan ja. Sejak mak aku keje masa arwah bapak aku sakit, mak aku dah kurang tumpu kat benda2 tu. Kalau suruh masak mcm dulu2 balik sure dia akan kata :

'Pi beli kat kedai lah..lagi senang.'

Kdg2 tu ada jugak dia masakkan tapi ikut mood dia lah.. Aku pun tak salahkan dia sebab dah berpuluh2 tahun masak dan urus hal anak2 dan rumahtangga. Dah tiba masa dia rest dari semua tu.

0 comments:

 

Lakaran Kehidupan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea