Followers

Tuesday, March 3, 2009

12.Kalau Bercakap Dgn Aku...

Posted by Iera at 5:16 PM


Ikutkan aku dah malas nak bangkitkan hal ni. Tapi bila aku tengok 'perempuan' tu semakin hari semakin memualkan, aku terpaksa luahkan apa yg aku rasa. Dia tu bukan sapa2 dgn aku. Ada ikatan keluarga yg rapat tapi sejak motorsikal aku hilang, dia buat aku mcm org lain. Mcm org asing. Kalau dah org tak sudi nak bercakap dgn kita, takkan kita nak terhegeh2 kan..Tapi aku tau lah kenapa dia buat mcm tu.

1. Kalau bercakap dgn aku, sure dia terpaksa offer aku tumpang motorsikal dia dari depan Guard ke Warehouse. Tak pun kenalah hantar aku ke Jetty. Bukankah dah waste time balik dia.

2. Kalau bercakap dgn aku, larila budget minyak motorsikal dia. Yalah, bila dah bagi ambik atau hantar aku kat Jetty tentulah minyak motorsikal dia nak kena tambah lain. Dahlah motorsikal dia 'kedaqah' minyak. Skuter katakan..

3. Kalau bercakap dgn aku, kenalah bagi aku pinjam duit. Kot2 la aku nak beli motorsikal baru tak cukup duit. Tak tolong salah, sedara kan..

4. Motorsikal aku hilang pun disebabkan kelalaian aku. Kononnya, dia dah ingatkan aku.

Kat sini aku nak betulkan sikit...

1. Kalau dia bercakap dgn aku pun, takkan aku tak reti fikir. Tak pernah terlintas kat otak aku pun nak tumpang dia walaupun dari Guard ke Warehouse sejak hari motorsikal aku hilang. Dia dah ambik tunang dia takkan nak patah balik ambik aku pulak kan..

2. Takkan aku tumpang org free kot. At least aku kenalah sua juga RM2 atau RM3,belanja mkn ka, beli apa2 ka.. Aku pun fahamlah ekonomi sekarang ni..Tapi kalau dah memang kedekut tu nak buat mcm mn kan..

3. Aku pun tak terfikir nak pinjam duit dia. Bukanlah nak cakap besar, aku ada gak buat tabungan. Walaupun tak banyak, bolehlah guna time2 mcm ni. Ingat muka aku tak malu ka nak pi pinjam duit kat org.. Dari buat org mengata, lebih baik aku pinjam kat adik2 aku. Takkan adik2 aku nk tengok kakak dia ni susah kn...( sekurg2nya kalau aku pinjam kat org, aku byr...taklah buat tak tahu kn..)

4. Bagus gak dia tolong ingatkan aku kn..Tapi hairan ye, mcm mn motorsikal dia boleh hilang dulu ye..

Aku bukan nak bergaduh dgn sapa2 walaupun sepupu ke, mak sedara ke.. Sebab dia tu bukan org lain. Kalau cubit peha kiri, peha kanan mesti terasa jugak walaupun sikit..Tapi disebabkan sikap dia yg keterlaluan, aku memang tak puas hati. Masa time tunang dia hantar kat Guard, tau pulak call aku berkali2 suruh ambik. Tau pulak suruh aku celapak pi ambik dia kat rumah dia masa tgh ada crisis dgn tunang dia. Bukan sekali, berkali2 tapi aku tak complain pun. Sebab aku fikir, apalah sgt sedara sendiri. Hari ni hari dia, hari aku tak tau bila. Dia dah senang kot. Sekarang ni, yang selalu tumpangkan aku adalah 3 org yg cuma ada ikatan kawan ja. Aku takkan lupa pd depa ni. Thanks, frenz...

Hari ni, aku dah tak payah tumpang sapa2 sebab aku dah dpt motorsikal yg aku booking sejak 2 minggu lepas. Tentang dia tu, aku tak kisah. Aku tetap profesional hal keje. Tapi jgn dok komen apa2 kalau kenduri dia nanti aku buat lebih kurang je..Sebab dia pun dah terlepas katakan..Dia tak harap family aku pi kenduri dia....So, sapa salah sebenarnya nanti?

Memang betul apa org kata, bila kita senang..mesti ramai yg ada dgn kita. Tapi bila kita susah, sedara sendiri pun dah tak mengaku sedara...

0 comments:

 

Lakaran Kehidupan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea