Followers

Wednesday, July 30, 2014

446. Dia

Posted by Iera at 2:23 PM
Aku terasa sangat perbezaan tu. Tak ada lagi ucapan Hari Raya..tak ada lagi salam kemaafan seperti sebelum ni. Tapi siapalah aku nak mengungkit semua ni. Sejak kebelakangan ni, banyak sangat yang berubah. Adakah dia sedang lari dari kenyataan atau dia sedang takut untuk mengakui sesuatu?

"Hati orang, kita tak tau, Iera.. Mana tau disebalik hubungan yang cuma sebagai kawan tu tiba-tiba terselit perasaan yang kita tak jangka.."

"Allah boleh balikkan hati seseorang tu sat saja. Jangan menidak kuasa Allah.."

Masa tu semakin hampir. Mungkin dengan perubahan ni akan membuatkan kami rasa biasa nanti. Hari itu akan tiba.. Dan kami perlu biasakan diri. Dan lepas tu, aku ada dia tapi jauh..dan semakin jauh.. Dan aku perlu terima kenyataan..setiap kali orang yang ku sayang datang dalam hidupku cuma sekadar diberi pinjaman oleh Allah..

0 comments:

 

Lakaran Kehidupan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea