Followers

Wednesday, July 9, 2014

439. Untuk Mereka

Posted by Iera at 9:05 PM

Alhamdulillah, hari ini aku dah poskan baju kurung dan baju Melayu untuk program Sehelai Baju Buat Menyapu Si Airmata. Dengan rezeki yang ada, ikhlas dari aku dan mak.. Moga dapat memberi kebahagiaan buat mereka..

Memang ada ujian bila kita cuba berbuat kebaikan. Bila aku share kat FB program ni, ada la suara-suara sumbang. Tapi aku tetap dengan pendirian aku.

Dan Alhamdulillah, Allah berikan juga Aina sebuah hati yang ada rasa kasihan dan ingin membantu. Bila aku tunjukkan pada Aina baju-baju tu.. Aina sedikit pun tak rasa cemburu malah Aina berharap mereka yang memerlukan dapat memakai baju raya sepertinya. (Aina memang tak boleh tengok peminta sedekah, mesti Aina akan beri duit..tak kisah la siapa pun..).

*Jom kita sama-sama beramal

0 comments:

 

Lakaran Kehidupan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea