Followers

Wednesday, July 9, 2014

438. Dia Pergi Jua

Posted by Iera at 1:10 PM
Hari tu, dalam hati yang berbunga tiba-tiba dapat message dari sorang bff ni. Dia terpaksa berhijrah ke negeri lain demi sebuah masa depan. Hati automatik diruntun sedih teramat. Dan hari itu, pertemuan terakhir aku dengannya. Masa yang ada memang digunakan sepenuhnya. Sedih sangat.. Terpaksa berpisah dengan seorang yang sangat memahami..yang sangat mendengar dan boleh sharing apa saja. Memang selesa berada bersama dia. Memang jarak bukan pemisah sebab hp ada..fb ada..whatsapp pun ada.. Tapi semua tu akan menjadi susah bila dipisahkan beberapa negeri...Dia akan memulakan hidup baru kat sana.. Dan aku tak akan menyesakkan ruang hati dan mindanya..

Akhirnya perpisahan itu tiba jua.. Dan dia pun pergi membawa kenangan yang pernah kami lalui dan tinggalkan rindu ini.. Hanya doa ku kirim dari jauh..



 *Itu baru bff ni.. Kalau lah bff yang paling aku sayang tu, mau meraung sebulan.. Oh, aku tak ready lagi.. Moga Allah masih pinjamkan dia untukku..





0 comments:

 

Lakaran Kehidupan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea