Followers

Wednesday, December 14, 2011

341. Aku dan Karya

Posted by Iera at 1:13 PM

Semalam..belek-belek keratan akhbar lama yang Iera simpan dalam fail. Kemudian cerpen-cerpen masa sekolah dulu. Ada cerita di sebalik semua tu. Tak pernah Iera lupa walaupun dah bertahun.

1.Cerpen bertajuk Kembali Terjalin. Cerpen ni pernah tersiar dalam sebuah akhbar pada tahun 1994. Kira cerpen pertama Iera. Kemudian disusuli cerpen kedua bertajuk Erti Sebuah Persahabatan. Tapi sayang, cerpen Erti Sebuah Persahabatan telah diletak nama orang lain sewaktu penyiarannya. Iera ada kirim surat rasmi beserta draf-draf cerpen tu ke syarikat tersebut tetapi tidak mendapat maklumbalas. Sejak itu, Iera rasa kecewa sangat. Iera tak harapkan bayaran tapi menuntut hak Iera sebagai penulis cerpen tersebut.

2.1 buah sajak yang Iera tulis..bertajuk Kecewa juga pernah tersiar di akhbar tersebut.

3.Sebuah esei bertajuk Gejala Sosial di Kalangan Pelajar juga pernah tersiar di akhbar Utusan Malaysia pada tahun 1994 di ruangan Pelajar Menulis. Rasa puas bila hasil karya sendiri terpampang di dada akhbar.

4.Iera pernah masuk pertandingan menulis cerpen sempena kepupusan penyu tapi sampai sekarang Iera masih tertanya-tanya apa status pertandingan tersebut. Cerpen tu bertajuk Malam Ini Penyu Menangis. Walau tajuk sama tapi bukan bererti cerita Iera sama dengan teater Malam Ini Penyu Menangis. Yang Iera tau dari orang tengah cerpen tu jadi isu sebab tajuk sama. Tapi tak berbukti. Masa tu tahun 1998 masa masih sekolah kat High School. Susah payah Iera mengarang siang dan malam..sedih sangat rasa. ( kat sini Iera mula sedar dari kelalaian sendiri..dari kelemahan diri yang mudah diambik kesempatan )

5.Iera masuk pertandingan menulis esei anjuran Dewan Siswa yang bertajuk Kepentingan Sains dan Teknologi di Kalangan Pelajar. Esei tu wajib 5000 patah perkataan..kalau tak salah. Tanpa sorang kawan Iera tau, Iera mendapat hadiah saguhati di antara seluruh sekolah di Malaysia. Dan hadiah tu, Iera pi ambik sendiri kat Kolej Komuniti Negeri Sembilan dengan mak sehari selepas exam STPM. Walau hadiah tu Cuma tak seberapa, tapi ia tetap bermakna buat Iera.

Kenapa? Sebabnya ia adalah hasil karya Iera. Kepuasan Iera. Mak selalu berada di belakang Iera. Walau kecewa dan sedih, memang tetap sokong Iera. Buktinya, mak pernah belikan Iera mesin taip dek kerana minat Iera walaupun duit tu boleh diguna untuk perkara lebih penting.

*Tapi tak sorang pun tau dan ambik tau. Iera juga membawa nama sekolah yang perlu diletak di setiap borang..di setiap biodata.. Tak akan ada sorang pun peduli budak selekeh hitam berkilat ini..

Kat sekolah pulak,
1.Iera pernah masuk pertandingan sajak sempena Hari Kebangsaan tapi dek kealpaan Iera, sajak-sajak tu Iera tak copy untuk simpanan sedangkan pertandingan tersebut dibatalkan.

2.Masuk pertandingan tulis cerpen anjuran Persatuan Bahasa dan Budaya tahun 1998. Dan cerpen Iera menang tempat pertama. Tapi dah lupa la pulak tajuk cerpen tu. Frame tu masih ada sampai sekarang.

3.Masuk pertandingan menulis esei. Menang hadiah Ketiga kot ( lupalah pulak ) tahun yang sama. Dapat sebuah novel tapi novel tu ada sorang kawan Iera pinjam tak bagi balik sampai sekarang. Sayang sangat rasanya sebab itu hadiah yang tak ternilai. Kat belakang pagee kosong novel tu ada sign dan address kawan-kawan Iera. ( Ayla, Faizah, Ros dan 2,3 orang lagi )

Iera akan terus simpan semua karya Iera tu walau Iera dah berhenti menulis. Bukan berhenti selamanya tapi Iera tak tahu di mana harus bermula. Sebab Iera dah tak boleh hidup di dalam angan-angan lagi kerana Iera perlu berada di alam realiti demi meneruskan hidup. Minat tak pernah padam cuma masa membataskan segala.

0 comments:

 

Lakaran Kehidupan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea