Followers

Monday, December 5, 2011

339. Inilah Nasibku

Posted by Iera at 12:35 PM
Sabtu lepas, Iera dan Wani round-round nak survey dinner dress. Memang dah jumpa dress yang sesuai untuk si montel macam Iera ni tapi tetap nak survey lagi. Dari pekan BM menapak pulak ke Pacific. Masuk keluar butik dalam Megamall tu. Tapi ada la satu butik yang Iera masuk tu..mengguris sikit perasaan Iera.

Masa Iera dan Wani masuk, cara pandangan salesgirl tu lain je. Macam kami ni tak layak nak pijak butik tu. Iera tengok price baju kat situ standard la..RM50 ke atas..Pastu terbekenan 1 dress tu. Memang lawa. Iera tanya la salesgirl tu, price dress tu sebab tak ada tag harga kat situ. Tapi salesgirl tu macam acuh tak acuh je nak bagitau. Kemudian sambil tersenyum sinis, dia cakap RM150. Memang masa tu muka Iera dah berubah bila tengok cara salesgirl tu melayan kami. Kemudian Wani ajak Iera keluar dari butik tu.

Memang terasa sangat. Yelah, mungkin cara penampilan Iera ni yang simple..apalah sangatkan setakat pakai T'shirt Timberland, jeans tak ada brand dan sandal NYC je kan..masuk butik macam tu..Lain lah kalau pakai Levis T'shirt dan jeans, bawak handbag Gucci kan..barulah orang nak pandang..Tapi tak yah lah pandang orang rendah macam tu..Kalau tak ada duit, tak mungkin Iera akan masuk butik-butik macam tu..Iera pun tau rasa malu kalau hanya masuk dengan poket kosong dan hanya window shopping. ( kalau tak ada tujuan, lebih baik duduk rumah..).

Tak apalah..mugkin dah nasib orang yang tak pandai bergaya macam Iera ni kan..redha ajelah walau dipandang hina orang..

Ni pengajaran dan pengalaman..

*Selekeh tapi beli cash or vouge tapi pakai kredit card?

0 comments:

 

Lakaran Kehidupan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea