Followers

Tuesday, April 6, 2010

138. Kehilangan

Posted by Iera at 1:20 PM
Petang tadi, dikejutkan dengan berita yg anak kawan aku masa sekolah, Maisarah yg baru beberapa hari lahir meninggal dunia disebabkan ada masalah usus. Salam takziah utk Sarah.. Sedih sangat bila mendengar berita tu. Aku terdiam saat membaca message Nur. Menyelami hati sebagai seorang ibu. Tambahan pula itu anak pertama. Bukan mudah untuk menerima hakikat ini tapi kita kena terima Qada dan Qada' dari DIA. Inilah ujian yang harus diterima. Betapa sukar pun, ini adalah sebuah hakikat. Untuk Sarah, harap dia tabah. Walaupun perit kenyataan ini tapi inilah ujian yang harus dia lalui. Pasti ada rahmatnya. Nur, aku, Yatie, Yus dan kawan2 hanya mampu memberi semangat..

Tiba-tiba aku teringatkan Aina. Diusik rindu yang datang tak terduga. Mengimbas kembali suatu ketika dulu..sewaktu Aina baru lahir. Aina dimasukkan ke ICU selepas 5 hari kerana batuk berdarah. Tak dapat gambarkan perasaan waktu tu bila tengok seketul darah di atas baju Aina. Aku tak peduli yang diri masih dalam pantang demi Aina. Mendengar tangisan yang tak henti-henti, melihat wayar di kaki dan di dalam mulut Aina..aku tak mampu menahan airmata..Rasa luluh diri ini..

Menangis setiap masa dan berharap agar Aina tak apa-apa..memohon kepada Yang Esa selamatkan Aina dan hentikan dari derita kesakitan itu...Aku tidak dapat membayangkan waktu itu jika sesuatu terjadi kepada Aina..aku tak sanggup..Dan Alhamdulillah, kini Aina membesar dengan sempurna.

Aku tak pernah lupa saat-saat derita itu..sampai bila-bila pun....Hati ibu mana dapat melihat derita anaknya..hati ibu mana dapat menerima hakikat sebuah kehilangan tapi inilah hakikat yang setiap kita kena terima..Dan bila menjadi ibu, barulah kita fahami hati seorang ibu..

*Hujan..tika jari jemari sedang menari

0 comments:

 

Lakaran Kehidupan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea