Followers

Friday, April 16, 2010

139. Dia

Posted by Iera at 1:04 PM


Tahniah utk sorang kawan kerana dah temui cinta yang dicari selama ni. Itu yang selalu aku harapkan untuk dia. Tapi aku sedikit emo dengan cara dia bagitau aku hal ni. Terus terang cakap, memang aku closed dgn dia, selalu share suka duka dengan dia..blh katakan setiap hari aku akan YM, SMS..message kat FB..kalah orang bercinta...Tapi itu bukan bererti aku nak tawan hati dia.

Tipulah kalau aku cakap yang hati aku tak pernah terusik dengan dia. Tapi itu dulu. Sewaktu aku rasa hanya dia yang memahami aku tapi bila dah lama berkawan, aku mula sedar bahawa jalan hidup aku dan dia berbeza. Terlalu berbeza. Dan aku dan dia selalu ada pertelingkahan pendapat. Dan yang paling ketara, aku tidak secantik Siti Nurhaliza yang dia inginkan. Berpijak kepada hakikat itulah, aku melempar perasaan yang mula singgah dan meletakkan persahabatan di tempat termulia dalam perhubungan ini.

Tapi semalam, aku sangat berkecil hati dengan dia. Ayat-ayat yang dia tulis sewaktu hendak berterus terang yang dia dah ada seseorang dalam hati dia sekarang, begitu membuatkan aku terasa. Seolah selama ni aku bersahabat dengan dia, berYM..berSMS, berFB dengan dia kerana aku ingin menawan hati dia, berharap dengan cara itu dia akan pilih aku. Memang aku teramat marah sekali.

Rupanya selama ini dia masih tidak memahami makna dia dalam hidup aku. Seringkali aku bagitau dia yang dia kawan aku..dan akan tetap jadi kawan aku sampai bila-bila. Soal hati dah tak timbul. Dalam hidup perlu ada gurauan tapi aku tak sangka gurauan-gurauan aku selama ini dia anggap aku mengharapkan 'sesuatu' dari dia. Kecewa sangat dengan tanggapan dia terhadap aku kerana selama ini aku meletakkan dia sebagai sahabat terbaik dalam hidup aku.

Aku berdiri di atas satu pendirian saja sekarang. Hidup aku, pengorbanan aku, rasa kasih dan cinta aku hanya untuk Aina. Tidak ada lagi selain dari itu. Kerana aku dah tutupkan mata dan hatiku untuk disentuh oleh rasa lain. Kepada dia juga aku pernah suarakan hal ini tapi mungkin dia rasa aku main-main.

Kepada dia, aku doakan moga dia bahagia..membentuk hubungan itu menjadi lebih terbaik dari dulu..

0 comments:

 

Lakaran Kehidupan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea