Followers

Tuesday, January 27, 2009

5.Aina

Posted by Iera at 10:04 AM


Tiba2 jer rasa nk tulis tentang Aina. Idea ni datang masa terpandang Aina tengah tido. Rasa cepat sgt masa berinjak. Aina sekarang dh pun 2 thn.. Org kata, hidup sorg wanita akan lengkap jika dia ada anak. Aku memang akui kebenaran tu..Sebab waktu mengandungkan Aina aku tak pedulikan apa jua ujian yg sedang menghimpit hati dan perasaan aku. Aku jadi tabah dan kuat meskipun ujian tu boleh membuatkan hidup aku musnah kalau aku mengikut kata hati...Semua yg ku miliki adalah kerana Aina.( Emosional la sikit... ).

Nurul Aina Najihah semakin bijak, nakal dan penuh karenah. Setiap hari ada saja benda baru yg dibuatnya.. Semakin petah bercakap. Yang utama, Aina lebih berminat dgn aktiviti budak lelaki. Nak main bola, nak memanjat, nak repair basikal dan brg2 mainan la, nak main senapang la... Anak patung, bear, brg2 memasak mainan yg sebakul tak diusik. Setiap hari Aina nak aku peluk dan cium dia x kira di mana dan waktu. Tak pun Aina akan peluk aku. Bila adik aku tengok gelagat kami berdua, dia kata kami ni mcm x jumpa setahun. Pelukan adalah kasih syg. Dan setiap hari kita perlukan kasih syg. Itu sebenarnya kebahagiaan..

Aina sebenarnya menjadi perhatian sampai sekarang. Masa tu, sepupu dan bapak sedara aku asyik bertanya tentang Aina. Mereka nak pikul tanggungjawab aku. Aku x marahkan niat mereka. Aku tahu mereka takut aku tak mampu nak pikul tanggungjawab sorang2. Tapi aku tak cepat melatah. Selagi aku ada mak aku yg menyokong di belakang, aku mampu meredah segala badai untuk Aina. Dan Alhamdulillah sekarang, akar pokok yg dulu pernah rapuh kini sudah tegak berdiri. Dan aku akan pastikan ia tidak rapuh lagi sebab itu memang tanggungjawab aku...

Cuma terkadang, aku hati aku terusik jugak melihat sikap Aina namun aku tahu aku perlu lawan semua tu. Aku mengerti Aina tdk faham mengapa hidupnya tidak sempurna mcm org lain. Mcm sepupu2nya. Tapi Aina akan mengerti bila dia dah dewasa. Untuk itu, aku sudah menulis rentetan2 perjalanan hidupku yg akan ku abadikan dlm sebuah diari agar nanti Aina mengerti segalanya.

0 comments:

 

Lakaran Kehidupan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea