Followers

Tuesday, January 20, 2009

3.Pengalaman Baru..

Posted by Iera at 3:58 PM
Aku sj apply leave.. Kononnya nak habiskan leave yg ada. Memang la Manager aku dh send warning email srh habiskan last year leave sebelum end Feb.. Tapi sebenarnya aku pi tolong kakak angkat aku berniaga nasi lemak kat kawasan perumahan dia. Kebetulan pembantu dia tak boleh datang. Bukan duit poket yg aku nak tp pengalaman yg penting. Aku nak rasa mcm mn susahnya nak dapatkan 10sen hasil dari jualan nasi lemak..

Pukul 4.15pg aku dah bangun.. Wuarghh.. Memang malas betul..Selalunya aku bangun pukul 6.00pg, kdg2 terlajak jugak 6.30pg.. Siapkan diri dan barang2 Aina.. Pukul 5.00pg aku pun keluar rumah. Tapi teragak2 jugak la.. Sebab awal lagi.. Kepala ni fikir mcm2.. X tau nk ikut jln mn. Ada 2 jln yg aku blh pilih.. Jln pertama, ada bnyak anjing kat kawasan perkampungan cina dan jln kedua, kawasan sawah yg gelap.( baru2 ni mak aku kata ada 'benda' jatuh dari pokok ms dia lalu dgn motor pukul 9.00mlm..).. Aduh... Aku terpaksa ambik risiko berdepan dgn anjing2.. Alhamdulillah, pg tu anjing2 kat situ baik pulak.. Aku lalu buat x tahu je...

Aku tolong Kak Umi bawak brg2 ke tapak berniaga. Atur lauk2 di atas meja dan ready utk terima customer. Dlm hati ni berdebar gak. Aku mn pernah berniaga mcm ni.. Belum pn pukul 6pg dh ada customer datang. Budak2 keje kilang yg nak masuk keje awal.. Keje aku bungkuskan nasi, jual kuih.. K.Umi yg tentukan harga nasi tu sebab K.umi bukan saja jual nasi lemak RM1 tapi ada juga lauk lain. Sambal sotong, ayama masak kicap, sambal tumis kerang.. Pandai gak aku bungkuskan nasi..( puji diri sendiri..)

Bila hari makin cerah, lagilah ramai yg datang. Sampai tak menang tangan. Patutla K.Umi perlukan pembantu.. Pukul 9.00pg baru la relaxs sikit... Tapi masa tgh tunggu customer, aku ternampak la seseorg... Aku tengok muka dia mcm hairan je.. Mesti dia ingat aku dh tukar position. He.he..Pukul 10.00pg, kami kemaskan brg2. Nasi pn dh habis. Lauk2 ada baki lagi tp utk sorg mkn je.. Alhamdulillah..

Masa aku nk balik K.Umi bagi duit upah kat aku. RM15.00. Aku pulangkan balik RM5 kat dia. Bukannya aku buat keje apa pn. Aku cuma tolong bungkuskan nasi je.. Sebenarnya memang letih. Kaki pun terasa lenguh. Tapi keletihana aku x sama yg K.Umi rasa. Bayangkan kalau aku di tempat K.Umi. Kena bangun pukul 3.00pg siapkan lauk dan nasi, pergi berniaga dari pukul 5.30pg sampai pukul 10.00pg, lepas tu sediakan barang2 utk memasak. Pukul 5.00ptg, masak pulak sampai Maghrib. Esok pg kena bangun awal pulak. Penat memang tak terkata tapi demi nak tambah pendapatan keluarga, dia terpaksa biarkan kepenatan tu..

Balik rumah, aku layan budak kecik tu kejap. Bila Aina tidur, aku pn tidur sama.. Letihnya... Keje banyak yg pernah aku buat kat ofis pn x seletih ni...

0 comments:

 

Lakaran Kehidupan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea