Followers

Wednesday, May 6, 2015

467. Survey Online-Value Opinion

Posted by Iera at 2:43 PM
 
Alhamdulillah... dah sampai pun baucer ni hasil jawab Value Opinion  survey online.. Resgistered tu dah lama..masa tahun 2012. Tapi disebabkan malas dan kurang percaya bila baca komen-komen negative, tu yang tak ambik berat sangat. Tapi sejak 2 bulan lepas, saja serius sikit.. Dan..inilah hasilnya..
 
Senang saja untuk join Value Opinion ni.. Hanya registered dan isi butir-butir peribadi dan alamat email yang sah. Kemudian pihak Value Opinion akan menghantar link melalui email kalau ada survey yang perlu kita jawab. TETAPI harus ingat..bukan semua survey yang kita terima tu kita boleh jawab. Sebab kadang-kadang ada yang tak penuhi kriteria yang depa nak. So, yang penting nak buat apa pun, kenalah SABAR. Kita boleh check kat akaun kita baki duit yang kita dapat lepas jawab survey tu. Bila cukup RM30, kita boleh tebus duit tu dengan baucer.. dengan baucer tau..bukan wang tunai. Ada 3 jenis baucer iaitu BAUCER KFC/PIZZA HUT, BAUCER JUSCO dan KAD ZALORA. Pilih je yang mana kita nak.. Disebabkan Aina suka makan KFC dan Pizza, aku pun pilih baucer ni..
 
Kalau ada sesiapa yang nak join..boleh tinggalkan alamat email.. nanti aku akan invite.. Kalau nak terus registered pun boleh. Search je kat google VALUE OPINION. Serius, tak tipu.. Aku dah dapat hasil..anda bila lagi..
 
 

0 comments:

 

Lakaran Kehidupan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea