Followers

Saturday, May 10, 2014

428. Pilihan Hati

Posted by Iera at 4:48 PM
Bila ckap soal hati, memang susah. Hati bukan untuk dimiliki sebegitu saja. Bukan jugak untuk diserah kepada sesiapa. Meskipun aku mesra dan baik dengan lelaki tapi bukan bermakna ada sesuatu antara kami.

Membuat pilihan bukan mudah meskipun pilihan itu cuma satu. Memilih untuk terus begini dan mengharap pada seorang yang belum tentu untukku atau aku memilih dia yang sedang menungguku.. Istikharah adalah jalan terbaik.. Itu nasihat semua orang. Ya, itu yang terbaik..

Aku cuba redha menerima takdir untukku. Cuba redha seperti Mya di dalam Dia Isteriku atau Mr.Arrogant.. Tapi itu cuma cerita novel yang diadaptasi ke drama. Ini sebuah realiti hidup. Aku tak mampu lagi untuk redha menerima seseorang begitu saja. Mungkin dia berada dalam kehidupanku tapi bukan berada dihatiku. Aku sedang cuba jika dia itu akan membahagiakan aku. Yang boleh menjadi imamku. Cuma aku perlukan masa. Sampai bila? Aku tak punya jawapan.. Tapi aku takkan biarkan dia terus berharap dan menungguku yang penuh seribu alasan...

Berikan aku kekuatan..aku ingin bahagia sepertinya orang lain..

0 comments:

 

Lakaran Kehidupan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea