Followers

Wednesday, November 30, 2011

337. Tak Ada Tajuk

Posted by Iera at 12:51 PM 0 comments
Banyak perkara yang berlaku sebenarnya..tapi masa langsung tak memberi ruang..Hanya sekali sekala terpaksa jugak mencelah di ruang yang ada...Kehidupan sudah tertulis perjalanan yang sebegini..Menari dan berjalan tanpa henti..

Bila mimpi bertaut di malam sepi..indah melakar di ruang hati..Terjaga dalam mamai lalu tersenyum sendiri..Dia bukan siapa-siapa..dan aku juga bukan apa-apa..Biarlah ianya terlakar di bait-bait ayat..menjadi satu kisah indah bernama khayalan...

Kini, bila puteri kian membesar..satu cabaran mula dirasai..Anak dara..perlu dijagai budi pekerti..perlu dipantau batas susila walau lagak kasar umpama putera..Kain batik terikat kemas dipinggang, kebaya lama tersarung indah di badan..kasut tumit tinggi..handbag..lipstik..aduh, anak daraku..sudah mula bergaya..Kata emak, persis kami sewaktu kecil-kecil dulu..Habis diselongkar kotak baju-baju lama..melenggang ke sana, melenggang ke sini..tapi anakku suka menari dan menyanyi..bila lagu rancak bergema, disarung skirt atas peha..bila lagu romantis beralun..diganti baju kebaya nan indah..Katanya, model dan penyanyi tidak memakai baju dan kain labuh ( macam artis2 sekarang kan..)..perlu seksi..Inilah pengaruhnya tv..Tapi, tak mengapalah kerana masih kanak-kanak..biarlah puas bergaya, dewasa kelak tahu berhijab...

336. Blog

Posted by Iera at 12:43 PM 0 comments
Saja-saja sembang-sembang kosong, terkeluar lah cite pasal blog kat bos. Lepas tu, bos tanya :

'U ada blog?'

Nak mengaku ke tak mau ni..Tapi mengaku jugak lah. Cuma tak bagitau kat dia nama blog Iera. Rupanya, dia pun ada blog jugak. Masa tu dia kena submit assigment kat lecture dan lecture dia suruh buat assigment d blog..Fuh, selamat..sebab dia tak aktf..

Bukan tak mau bagitau dia pasal blog Iera ni, tapi segan la..Nanti nak tulis pun kena cover-cover...walaupun dia lelaki cina tapi kita satu Malaysia ma..mesti dia faham..Apa pun, kalau dia terjumpa sendiri..redha ajelah...

Wednesday, November 23, 2011

Riak ( Peringatan untuk diri )

Posted by Iera at 12:57 PM 0 comments
'Awaslah kamu..jangan mencampuradukkan antara taat pada ALLAH dengan keinginan dipuji orang(riak), nescaya gugur amalanmu"-(Hadis Riwayat Ad-Dailami)

Tak jatuh maruah kalau menjadi padi..semakin tunduk semakin berisi..Dari mendongak ke langit, tiba-tiba tersembam ke bumi..Kadang-kadang dalam tak sedar terlafaz sepatah kata riak mendabik dada, Tuhan rentap nikmat begitu saja..walau tak jelas nampak..tapi setiap kejadian ada puncanya..cukuplah hanya sekali..itu pun tanpa sedar…(ex5 dirembat)..tak sanggup untuk kedua kali..

Jadi lah padi wahai diri..jadilah padi duhai hati..bersihkan riak di sanubari..jadilah diri sendiri..biar orang lain berdiri di langit..tak apalah sekadar berpijak di bumi…tak jatuh pun martabat diri…

Tuesday, November 15, 2011

334. Keje..oh keje..

Posted by Iera at 11:54 AM 0 comments
4 bulan buat keje sorang-sorang..mula rasa mual..loya..di kiri karenah itu..di kanan karenah..yang suka bagi last minute..yang suka push nak cepat..request itu..request ini..dah di train kat mana nak cari pun still request..

Tapi dah nama pun keje..kalau uwekk berbakul-bakul pun kena tahan jugak la..hidup bukan hanya hidup..hidup perlukan duit..duit untuk itu..duit untuk ini..kalau untuk suap mulut sendiri, boleh la makan angin dalam bekerja..Tak improve nanti kena flying kick..ingat masa sekolah kena study itu ini..dah keje pun still kena study..setiap hari..bukak buku kalahkan sutdent U..kaji itu kaji ini..bukan untuk keje tapi untuk jadi pekerja yang ada segalanya..ilmu, pengalaman, kemahiran..

SO, tahan loya tu..ambik minyak urut di leher dan dada..tarik nafas dan lepas supaya rasa lega..kalau habuan bukan hari ini dan di sini..mana tahu suatu hari nanti..kerana ilmu dan pengalaman bekalan untuk kejayaan masa depan...wallahualam..

Tuesday, November 8, 2011

333. Di Hari Genap 32 tahun

Posted by Iera at 5:52 PM 2 comments

Waktu semakin pantas berjalan..semakin cepat berputar..

Terasa macam baru semalam..
menangis dalam dakapan mak..
mengelap hingus di baju dan berkejaran di batas bendang..
aduh bertempek jerawat di muka
hitam legam kulit dek bahang mentari..
berjalan kaki ke sekolah..
bermandi peluh dan embun terpacak menunggu bas kilang..

Masih terasa baru semalam..
jatuh cinta pandang pertama..
tidur berbantal lengan..
berjalan dengan perut ke depan dan memeluk erat puteri tercinta
berlinangan airmata..jatuh terluka..

Macam baru semalam..
melangkah penuh berani...
biarpun hidup sering teruji..
berbakul tipu dusta permainan dunia..
berlori-lori hinaan dan cacian..
hanya kerana tak punya apa..

Bila merenung bayangan di sebalik cermin masa depan..
terasa sejuk seluruh urat nadi..
bekalan masih suku tersimpan..
garis-garis halus mula berlingkar di setiap ruang..
kepala sarat membina kehidupan..

Dihari genap 32 tahun..Moga Allah berikan kesempatan untuk melihat Aina dewasa dan menjadi manusia berjaya dunia dan akhirat..Amin...
 

Lakaran Kehidupan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea