Followers

Tuesday, November 8, 2011

333. Di Hari Genap 32 tahun

Posted by Iera at 5:52 PM

Waktu semakin pantas berjalan..semakin cepat berputar..

Terasa macam baru semalam..
menangis dalam dakapan mak..
mengelap hingus di baju dan berkejaran di batas bendang..
aduh bertempek jerawat di muka
hitam legam kulit dek bahang mentari..
berjalan kaki ke sekolah..
bermandi peluh dan embun terpacak menunggu bas kilang..

Masih terasa baru semalam..
jatuh cinta pandang pertama..
tidur berbantal lengan..
berjalan dengan perut ke depan dan memeluk erat puteri tercinta
berlinangan airmata..jatuh terluka..

Macam baru semalam..
melangkah penuh berani...
biarpun hidup sering teruji..
berbakul tipu dusta permainan dunia..
berlori-lori hinaan dan cacian..
hanya kerana tak punya apa..

Bila merenung bayangan di sebalik cermin masa depan..
terasa sejuk seluruh urat nadi..
bekalan masih suku tersimpan..
garis-garis halus mula berlingkar di setiap ruang..
kepala sarat membina kehidupan..

Dihari genap 32 tahun..Moga Allah berikan kesempatan untuk melihat Aina dewasa dan menjadi manusia berjaya dunia dan akhirat..Amin...
 

Lakaran Kehidupan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea