Followers

Wednesday, November 30, 2011

337. Tak Ada Tajuk

Posted by Iera at 12:51 PM
Banyak perkara yang berlaku sebenarnya..tapi masa langsung tak memberi ruang..Hanya sekali sekala terpaksa jugak mencelah di ruang yang ada...Kehidupan sudah tertulis perjalanan yang sebegini..Menari dan berjalan tanpa henti..

Bila mimpi bertaut di malam sepi..indah melakar di ruang hati..Terjaga dalam mamai lalu tersenyum sendiri..Dia bukan siapa-siapa..dan aku juga bukan apa-apa..Biarlah ianya terlakar di bait-bait ayat..menjadi satu kisah indah bernama khayalan...

Kini, bila puteri kian membesar..satu cabaran mula dirasai..Anak dara..perlu dijagai budi pekerti..perlu dipantau batas susila walau lagak kasar umpama putera..Kain batik terikat kemas dipinggang, kebaya lama tersarung indah di badan..kasut tumit tinggi..handbag..lipstik..aduh, anak daraku..sudah mula bergaya..Kata emak, persis kami sewaktu kecil-kecil dulu..Habis diselongkar kotak baju-baju lama..melenggang ke sana, melenggang ke sini..tapi anakku suka menari dan menyanyi..bila lagu rancak bergema, disarung skirt atas peha..bila lagu romantis beralun..diganti baju kebaya nan indah..Katanya, model dan penyanyi tidak memakai baju dan kain labuh ( macam artis2 sekarang kan..)..perlu seksi..Inilah pengaruhnya tv..Tapi, tak mengapalah kerana masih kanak-kanak..biarlah puas bergaya, dewasa kelak tahu berhijab...

0 comments:

 

Lakaran Kehidupan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea