Followers

Thursday, May 21, 2009

32. Kisah Luka

Posted by Iera at 1:35 PM
Pahit Kan Manis Akhirnya

Puas aku mencuba menepis semua dugaan
Malah ada yang anggap aku lupa daratan
Peritnya aku lalui kemelut yang panjang
Hingga ke saat ini ku tidak ketentuan

Wanita manakah sanggup berkongsikan kasih
Walau madu bagiku tapi hempedu bagimu
Terkadang harus terima suratan drnya
Tidak salah kalau kasih dibahagi seadilnya

( korus )
Telah... kufikir sedalamnya
Untuk membuat keputusan harus aku berterus terang
Jujur dalam perbuatan
Dan... jatuh airmataku
Mendengar pengakuan ikhlasmu
Sanggup berkongsikan dia walau hakikatnmya
Hatimu terluka...

Moga suatu hari sembuhlah luka
Dan kembali ceria walau hati aku ini
Milik engkau dan dia

Td, member ofis ada pasang lagu ni. Bila aku amati lirik, aku rasa lagu ni sama kisahnya dgn sorang sepupu aku, Iya. Sabtu lepas dia balik bercuti krn nak ubatkan hatiyna yg sdg terluka. Dia baru dpt tahu BF dia ada girl lain tp dalam masa yg sama masih syg kat dia. Mereka dah bertemu 6 mata. Girl tu nak undurkan diri tapi BF Iya ni mcm berat jugak hati nak lepaskan girl tu. Keputusan yg betul, aku tak tahu..

Masa Iya cerita, aku cuma diam aje. Bkn tak mahu bersuara atau bagi pendapat, aku rasa biarlah mereka settle kes ni sendiri. Kelukaan adalah satu gurisan luka yang amat sakit. Walaupun luka itu akan sembuh tapi ia tetap akan tinggalkan parut dan parut itu akan berdarah semula kalau terhiris lagi. Dan bila sesebuah perhubungan itu dikhianati ia akan menjadi penghalang kebahagiaan...

Aku cuma berharap Faizi akan berfikir secara dewasa dlm membuat keputusan. Cinta 4tahun tidakkan sama cinta 4 bln. Dan aku berharap Iya jugak akan lebih tabah untuk menghadapi ujian ini.

0 comments:

 

Lakaran Kehidupan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea