Labels
Blog List
-
-
Alkisah pasal roti10 years ago
-
Short update10 years ago
-
Zahira dah 5 bulan10 years ago
-
-
Antara Yang Tertulis #111 years ago
-
Rizalman for Zalora13 years ago
-
-
SEMENTARA15 years ago
-
Seorang Wanita Itu....15 years ago
-
Tuesday, October 28, 2014
448. Dia
Mungkin ada sikapku yang mengguris hati..
Sungguh aku tidak tahu mengapa semua seakan berubah..
Semakin jauh dan jauh..
Aku memilih mengalah..
Tapi semuanya seakan payah..
Aku memilih mengundur diri..
Walau aku sangat sayangkan hubungan ini..
Mungkin masa dah merubah segalanya..
Mungkin aku tak diperlukan lagi..
Friday, August 15, 2014
447. Salah
Wednesday, July 30, 2014
446. Dia
"Hati orang, kita tak tau, Iera.. Mana tau disebalik hubungan yang cuma sebagai kawan tu tiba-tiba terselit perasaan yang kita tak jangka.."
"Allah boleh balikkan hati seseorang tu sat saja. Jangan menidak kuasa Allah.."
Masa tu semakin hampir. Mungkin dengan perubahan ni akan membuatkan kami rasa biasa nanti. Hari itu akan tiba.. Dan kami perlu biasakan diri. Dan lepas tu, aku ada dia tapi jauh..dan semakin jauh.. Dan aku perlu terima kenyataan..setiap kali orang yang ku sayang datang dalam hidupku cuma sekadar diberi pinjaman oleh Allah..
445. Raya 2014
Baju ni memang aku design sendiri. Aku combine kan warna biru tiffany dengan coklat bila aku tengok cupcake. Ikutkan aku nak upah masa kenduri kawin Nana, adik Yus dulu tapi disebabkan tak sempat, kain tu tersadai la dulu. Atas bahu tu aku nak letak lace sebenarnya tapi tailor tu tak pandai nak letak sebab aku upah tailor kampong je.. Tapi puas hati. Murah pun murah sebab aku lapik di dalam. Kalau ke butik siap la RM200 lebih. Manik aku suruh adik aku jahitkan. Itupun sikit je..
Ni macam biasa..Anak dara aku yang gila posing sekarang. Nampak tak kasut Aina tu.. Itu kasut orang dewasa. Dia pilih sendiri.. Lagi satu size nak sama dengan aku dah.. Lepas ni, aku kena sorok kasut aku la..haha..
Memang susah sungguh bila ajak bergambar berdua. Macam-macam alasan. Kalau dapat pun, tengoklah muka..tak senyum langsung...
Ni la fesyen rambut Aina untuk tahun ni. Jangan tak percaya, baju yang Aina pakai tu baju adik aku no 3 masa umur 20 an tapi Aina pakai masa umur 8 tahun.. Semua orang ingat Aina dah darjah 6.. Jalan dengan aku pun dah macam dua beradik.. Alhamdulillah..janji sihat..
Raya kedua ke rumah mak menakan dan kawan-kawan aku yang dekat-dekat. Aina pulak, petang tu dah ikut abah dia ke rumah abah dia. So, malas nak berjalan sangat bila Aina tak ada. Lagipun hari ni aku dah mula keje..
Tuesday, July 29, 2014
444. Perasaan
Perasaan itu tetap sama.. semuanya terpendam jauh dilubuk hatiku yang paling dalam... Aku redha.. aku pasrah dan aku berserah...
Tuesday, July 15, 2014
443. Salah
Sekarang ini, salah hanya nampak pada ku seorang. Yang buruk juga adalah aku. Biarkan.. aku percaya kebenaran itu akan berpihak padaku jua.
Sunday, July 13, 2014
442. Baju Raya Aina
Memang susah bila masuk bab nak membeli baju raya untuk Aina sebabnya size badan Aina yang besar melebihi umurnya. Tahun ni aku tempah baju kurung moden untuk Aina. Sedondon dan design tu aku yang lukis. Masa kat pasar Kemboja Nibong Tebal kelmarin, belikan jubah untuk Aina. Lepas raya nanti boleh pakai pi mengaji. Aina dah pesan nak tudung ala Fareeda.. kat sana hanya RM30 je..
Balik dari pasar Kemboja terus ke Pacific. Bermacam-macam brand cari tapi tak ada size yang sesuai untuk Aina. Lastnya balik macam tu je..
Hari ni, pukul 11 pagi dah keluar ke AEON Alma. Masuk satu persatu kedai yang ada. Dapat jugak Tshirt untuk Aina walaupun terpaksa beli tshirt lelaki.. Aina pun tak banyak ragam bila terpaksa beli tshirt lelaki..nanti tahulah mama nak otter kan..hehe.. Jeans nasib lah ada size paling besar.. Itu pun rasanya tak boleh pakai lama.. Semua dah settle cuma tinggal kasut je..
Cerita pasal kasut, Aina dah tak boleh pakai kasut budak-budak. Dah kena pakai kasut orang dewasa tapi size paling kecik..size 4. Nanti senang la nak beli design macam mana..
2 hari yang memenatkan tapi apa saja demi Aina..
Friday, July 11, 2014
441. Redha
Bila aku mula ingin redha, dia datang dalam tidurku dengan mimpi indah..
Bila aku mahu melupakan, dia muncul tiba-tiba dengan harapan..
Di waktu yang manakah aku harus jauh darinya..
Dan di saat yang manakah dia tak lagi hadir..
Apakah ini takdir buatku..harus menderita seumur hidupku..
Inikah ujian kepadaku...perlu menangis sepanjang waktu..
Allah..berikan ku kekuatan jika ini tanda kasih Mu..
Berikan aku ketabahan andai ini tanda sayang Mu..
Aku pasrah..aku berserah..
Kamar Cinta..
11.7.2014










