Followers

Wednesday, June 17, 2015

482. Perasaan

Posted by Iera at 3:40 PM
 
 
Aku menjalani  hidup ini dengan apa adanya. Aku yang merelakan semuanya menjadi sebahagian hidup aku, Walau terkadang aku rasa tersangat sakit, tapi aku bertahan. Aku perlu kuat untuk menentang semuanya. Jalan ini yang ku pilih.. Perasaan ini yang ku agungkan. Jika bahagia itu sekadar pinjaman untuk aku, cukuplah.. Kerana semua yang sedang ku rasa kini membuat aku sangat bahagia. Sana sini orang bertanya seri di wajah..bahagia yang terpancar.. Semuanya sejak mengenali dia..
 
Ada ketika dia adalah kawan..
Ada ketika dia adalah sahabat..
Dan..
Ada ketika dia adalah seseorang yang istimewa..
 
Kami berkongsi detik waktu yang berlalu..
Kami berkongsi rasa derita..
Kami berkongsi rasa gembira..
 
Itulah yang selama ini aku cari.. Namun itu bukan jaminan untuk semuanya berakhir seperti yang diimpikan.. Aku tidak akan sesekali menaruh harapan terlalu tinggi kerana aku takut harapan itu akan melukakan aku.. Aku serahkan semua pada Takdir. Yang mampu aku lakukan, hanyalah berdoa dan berusaha.
 
*Maafkan jika aku sedang melukai hati sesiapa..Perasaan tidak boleh dipaksa..

0 comments:

 

Lakaran Kehidupan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea