Followers

Monday, June 16, 2014

436. Jeritan maut Nor Balqis

Posted by Iera at 2:05 PM
ORANG ramai cuba memberi bantuan kepada Nor Balqis yang terbaring di jalan raya. FOTO Mohd Azren Jamaluddindinaikinya di Jalan Seroja Taman Plentong , Baru Johor Bahru. FOTO Mohd Azren Jamaluddin
 
Dalam kejadian jam 1.10 petang itu, mangsa Nor Balqis Atiqah Hamdan Rasan Tawani Ahmad yang juga murid tahun satu Sekolah Rendah Kebangsaan Permas Jaya 2 di sini, disahkan meninggal dunia pada jam 2.45 petang ketika mendapatkan rawatan kecemasan di Hospital Sultan Ismail (HSI).

Ketua Polis Daerah Seri Alam Superintendan Abdul Samad Salleh berkata, siasatan dijalankan mendapati kejadian berlaku ketika pemandu bas itu berhenti di bahu jalan untuk menurunkan mangsa dan penumpang lain.

Menurutnya, bas itu kemudiannya bergerak ke depan sebelum pemandunya terdengar jeritan mangsa dan mendapati Nor Balqis terbaring di sebelah kanan di belakang mini itu.

"Mangsa yang parah di kepala dan badannya dikejarkan ke unit kecemasan HSI namun disahkan meninggal dunia ketika dirawat,” katanya.
 
*Memang sedih bila baca berita ni apatah lagi Aina pun pi sekolah dengan bas sekolah. Mujur driver bas tu memang seorang bertanggungjawab..kebetulan driver tu jugak yang bawak aku ke sekolah masa sekolah rendah dulu.  

0 comments:

 

Lakaran Kehidupan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea