Followers

Friday, June 15, 2012

371. Pintu Hati

Posted by Iera at 5:46 PM
Ya Allah, aku pernah memohon kepadaMu agar Kau tutupkan pintu hati ku serapat-rapatnya kepada mana-mana hati yang aku tersinggah tanpa sedar...dan dengan kuasaMu Kau makbulkan doa ku itu sehingga aku tidak sedar masa telah berlalu sekian lamanya... Tapi hari ini dengan kuasaMu juga tiba-tiba pintu hati ku yang Kau telah tutupkan itu terbuka semula dan tanpa ku sangka hati yang ku singgah itu adalah orang yang sama.. Aku terima ujianMu ini dengan pasrah.. Jika benar dia ditakdirkan untukku, kau satukanlah kami dalam keredhaanMu. Sesungguhnya hanya Kau Yang Maha Mengetahui SegalaNya.. Tapi seandainya, dia hanya sekadar persinggahan.. Kau tutupkan kembali pintu hati ku semula selama-lamanya.. Kerana aku hanya manusia lemah yang tidak berdaya menentang arus.... Amin...

0 comments:

 

Lakaran Kehidupan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea