Followers

Thursday, June 14, 2012

369. Aina

Posted by Iera at 12:54 AM
Situasi 1.
Aina tengah duduk atas basikal. Masa tu Mr.X ada sama kat situ. Kemudian Aina mintak abah dia dukung anak adik Iera yang Iera sedang dukung tapi Mr.X geleng kan kepala. Tahu apa Aina kata kat abah dia?

'Tu la dulu-dulu masa Aina baby tak mau dukung. Lari tinggalkan Aina. Sekarang nak dukung baby pun tak tau.'

Abah dia cuma tersenyum..

Situasi 2.
Iera dan Mr.X berdiri bersebelahan. Sedang tengok Aina yang bermain bola. Tiba-tiba Aina tergelak sambil berkata :

'Horrey..mama dan abah dah kawin..tu berdiri sama-sama.'

Situasi 3.
Masa on the way nak ke sekolah. Tiba-tiba Aina merungut.

Aina : Abah ni tak sayang Aina.
Iera : Awat pulak ni?
Aina: Kalau abah sayang Aina, abah takkan tinggal Aina. Mesti abah duduk dengan Aina. Ni tak, abah pi duduk dengan Tok Kiah. Tengok orang lain, abah depa sayang kat depa. Tu abah depa duduk sekali.
Iera : La, tak baik cakap macam tu...abah kan pi keje...
Aina : Yalah tu...

*semuanya amat menyentuh hati Iera sebagai ibu tapi Iera takkan mengalah untuk berdepan dengan banyak lagi karenah Aina walaupun Iera semakin sedar Iera semakin goyah.

0 comments:

 

Lakaran Kehidupan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea