Followers

Monday, May 7, 2012

359. Aina

Posted by Iera at 4:05 PM

Peristiwa 1

Aina sedang menangis kerana diusik oleh sepupu Iera. Waktu itu Mr.X ada di sebelah kiri Aina dan Iera di sebelah kanan Aina. Kami berusaha memujuk Aina yang sedang menangis itu. Bila Mr.X mintak diri nak balik, Aina buat satu permintaan. Aina nak Iera bersalam dengan Mr.X. Tapi Iera dan Mr.X cuba mengelak dan memberi alasan. Tapi Aina tetap berkeras hati. Aina mengambil tangan Mr.X dan tangan Iera. Untuk jaga hati Aina, kami pura-pura bersalam. Sekali lagi Aina membuat permintaan. Aina minta Iera cium tangan MR.X. Kata Aina, 'Dulu-dulu boleh pun salam' ( Aina pernah tengok photo kawin kami ). Tapi kami tak tunaikan permintaan Aina tu..Nasib baik Aina ok.

Peristiwa 2

Iera dan Aina makan KFC kat Carefour. Tiba-tiba Aina teringatkan abah dia. Dia mintak Iera belikan KFC untuk abah dia. Tapi Iera tak mahu sebab Iera rasa tak mungkin Mr.X ada kat rumah. Hati Iera sentiasa benar. Tapi Aina berkeras dan Iera terpaksa mengalah. Bila Iera bawak Aina ke rumah Mr.X, benar Mr.X tak ada kat rumah. Iera pujuk Aina bila Aina nak tunggu abah dia balik. Aina mengalah bila Iera nak bawak dia ke Petrona untuk belikan minuman. Tapi sekali lagi Aina buat hal bila ternampak motorsikal abah dia park kat situ. Walau berkali Iera call Mr.X tapi dia tak pick up phone. Mybe dia keluar date or keluar dengan kawan-kawannya. Bayangkan 1 jam Iera terpaksa menurut perintah Aina untuk tunggu abah dia kat situ. Masa tu Iera memang menangis bila Aina cakap, 'Kalau mama jalan kereta, Aina terjun dari kereta ni.' Iera buang rasa ego Iera demi tak sanggup kehilangan Aina. Dalam masa yang sama Iera berusaha pujuk Aina. Akhirnya Aina mengalah. Iera hantar KFC tu kat mak Mr.X yang sedang berniaga sebab Aina nak jugak abah dia makan KFC tu. Masa on the way balik, Iera menangis sebab Iera tak sanggup nak lalui situasi ini. Bila Mr.X balik, dia call Iera dan datang rumah. Makan KFC tu bersama Aina. Walau Aina nampak happy tapi Iera tahu, hati Aina dah terluka tadi. Dan Iera kagum kesabaran Aina menunggu abah dia walau dia sendiri tidak pasti bila abah dia akan balik.

Peristiwa 3

Aina ada Hari Sukan sekolah. Abah dia dah berjanji untuk datang tengok dia tapi disebabkan kereta tak ada, abah dia tak jadi datang. Aina sedih dan hampir tak mau main game. Aina tengok kawan-kawan dia yang lain semua ada abah dan mama untuk beri sokongan. Bila acara dah habis, Aina paksa Iera ke rumah abah dia. Masa on the way, Aina cakap, ' Abah asyik tak sayang Aina. Orang lain ada abah. Abah Aina tak datang pun.'
Peristiwa 3

Masa Mr.X datang tengok Aina kat rumah. Aina cakap, 'Abah, kawinlah dengan mama balik. Boleh Aina tidur dengan mama dan abah. Abah tidur sebelah mama, Aina tidur sebelah abah. Nanti boleh Aina dapat adik baru. Semua orang ada adik..semua orang ada abah..'

Terus terang cakap, Iera tak pernah ajar Aina untuk cakap dan lakukan semua tu. Semuanya Aina buat sendiri. Aina dah besar dan semakin mengerti apa itu sebuah keluarga yang di dalamnya perlu ada mama dan abah. Dan inilah cabaran Iera bila Aina semakin bijak. Iera perlu kekuatan dan ketabahan untuk menghadapi semua ini. Perlukan sokongan dari keluarga untuk terus bertahan. Iera tahu, kadang-kadang Iera tak kuat tapi Iera tetap juga berjalan walau kesakitan itu semakin dalam. Iera tahu, Mr.X pun rasa perkara yang sama bila tiap kali dia rindukan Aina untuk ada di sisi dia. Tapi itulah pengorbanan yang perlu Iera dan Mr.X lakukan kerana perpisahan ini.

*Jika masih ada jalan yang terbaik untuk sebuah keretakan rumahtangga itu, lakukanlah..kerana perpisahan itu meninggalkan kesan teramat untuk kedua-dua pihak. Terutamanya kepada anak-anak..Cukuplah Iera seorang menanggung derita itu..

0 comments:

 

Lakaran Kehidupan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea