Followers

Tuesday, March 15, 2016

510. Aku Rindu Dia

Posted by Iera at 4:24 PM
Kalau aku tanya pada hati.. sungguh aku rindu dia! Selalu sangat aku baca semua email dan chat kami. Ada suka dan duka. 8 tahun bersama..terlalu banyak kenangan..Tapi cuma aku. Dia langsung tak akan ingat semua tu kerana kebencian yang ada pada dia. Aku tak pernah lupa warning itu. 'Jangan buat saya benci awak..kerana saya akan benci selamanya'. Dan sebab itu, aku tak pernah merayu apatah lagi mengharap dia kembali pada aku. Walau terkadang aku nak sangat tahu apa salah aku supaya aku boleh perbaiki kesalahan itu, tapi aku takkan buat macam tu. Aku hanya mampu berdoa dari jauh.. Berdoa yang baik-baik. Untuk dia..yang pernah menjadi kawan dan sahabat terbaik. Aku sayang dia!

0 comments:

 

Lakaran Kehidupan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea