Followers

Tuesday, August 11, 2015

495. Berkecil Hati

Posted by Iera at 11:04 AM
 
 
Mungkin aku yang sangat emotional. Di awal bulan sehingga aku berprasangka yang bukan-bukan. Tapi lately
ni memang itu yang aku rasakan. Aku tak mintak pun hubungan ni diubah dari persahabatan kepada kekasih. Aku faham erti kehilangan. Aku mengerti perasaan tidak boleh dipaksa dan memerlukan masa.
 
 
Hadir aku dalam hidup dia ikhlas. Atas nama PERSAHABATAN. Aku adalah manusia yang caring..yang terlalu menjaga hubungan. Jika apa yang selama ini aku lakukan dalam hubungan kami buatkan dia rasa perlu dibalas dengan perasaan..dia salah. Aku tak mintak semua tu. Aku memang terasa sangat dengan dia. Bila aku Whatsapp tak reply sedangkan dia tengah on9. Kalau reply lambat sangat. At least reply bagitau tengah bz..aku faham. Mungkin aku ni yang ke berapa ratus dalam senarai dia. Aku tak ada makna dalam hidup dia. Aku tak mintak untuk dia war-warkan yang kami ni rapat. Aku tak nak pun.
 
Ada perbezaan ka aku dengan yang lain? Atau dia rasakan dia tak perlukan aku lagi dalam hidup dia? Rasakan aku ini cuma menganggu dia? Berterus terang jika itu yang dia mahu. Aku boleh terima tapi tolong jangan layan aku seperti aku yang terhegeh-hegeh. Aku memang tersangat BERKECIL HATI sekarang. Tambah lagi bila aku dengar satu perkara. Tapi apa hak aku untuk mempertikaikan semua itu.
 
Benar kata seseorang..aku terlalu mengambil berat terhadap orang lain tapi akhirnya aku akan ditinggalkan dengan luka-luka yang penuh dihati. Aku hanya menangis dan melalui hari-hari ini dengan rasa kesedihan. Tapi aku selalu berkata..aku terima dan redha sedangkan hati aku..
 
Mungkin ini nasib aku. Aku selalu diberi ujian hati. Datang dan pergi seseorang yang bermakna dalam hidup aku itu perkara biasa. Apapun aku kena redha..aku kena terima kerana aku yang tak pernah ubah bertegas walaupun dalam persahabatan.

0 comments:

 

Lakaran Kehidupan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea