Followers

Tuesday, July 21, 2015

486. Hati

Posted by Iera at 4:22 PM
 
Aku diuji dengan kesabaran hati. Diduga untuk bertahan. Keadaan makin lama makin berubah. Tegang. Tak ada lagi keindahan lalu. Hanya penuh rasa marah, rasa cemburu dan rasa ketidakpuasan hati. Inilah jadi bila perasaan dah menguasai diri. Dikawal oleh keegoan. Masing-masing tak mau mengalah.
 
Jalan semakin berliku. Penuh duri-duri tajam. Aku dah sedia mengalah. Bersedia untuk berundur. Rasa itu cuma palsu. Rasa itu cuma ada ketika masing-masing perlukan seorang kawan dan sahabat. Aku dah tak boleh nak tunggu untuk hubungan yang tak pasti ini. Sampai masa, aku sendiri akan berterus terang.
 
Kecewa? Tidak sama sekali malah aku sangat berterima kasih kerana aku belajar banyak perkara.. Aku mula menghargai sekeliling. Aku makin kuat untuk berdepan dengan semua yang berlaku. Aku pernah kehilangan seseorang yang aku cintai dulu.. aku pernah kehilangan seorang sahabat yang paling aku sayang.. Itu yang paling buat aku kecewa.
 
Betul kata seseorang.. Dia tidak layak untuk jadi apa pun dalam hidup aku kerana dia tidak pernah tahu erti menghargai. Aku berhak jalani hidup aku dengan bahagianya kerana aku ada Aina. Kini aku sedar, seseorang yang pernah aku hampakan dia suatu ketika dulu lebih memahami aku dan tahu apa itu persahabatan.
 
Apapun, semua dah terjadi.. Tak akan mati aku kerana tidak memiliki cinta..

0 comments:

 

Lakaran Kehidupan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea