Followers

Monday, March 17, 2014

417. Ujian Feb_Soal Hati

Posted by Iera at 2:14 PM
Aku tak mintak semua ini. Aku tak harapkan ianya terjadi lagi. Tapi aku diuji dan diduga. Aku sangat sakit sebenarnya tapi aku biarkan diriku melupakan segalanya. Aku telah bersedia tapi aku tak sangka begitu cepat. Aku terima ujian ini. Aku redha atas semuanya yang Allah berikan padaku. Aku takkan gentar untuk menerima ujian lagi. Aku tak layak untuk memberi hukuman pada sesiapa. Aku hanya mampu mendoakan yang terbaik untuk sesiapapun.

Jika hatiku disakiti, aku hanya mampu memberi maaf kerana aku tak mahu hidup dalam kemarahan dan dendam..
Jika rasaku dipermainkan, aku tetap menyimpan rasa itu kerana ia adalah anugerah Allah yang sangat mulia..
Jika ada rindu yang bertamu, biarkan aku merindu sendiri kerana aku punya hak untuk memilikinya..
Jika kenangan mengusik jiwa, mana mungkin aku melenyapkannya kerana ianya terlalu indah untuk dilupakan..

Aku yakin pada kata hati..sejauh manapun kaki itu melangkah..sebahagia manapun diri itu..pasti akan terselit rasa dan ingatan padaku..Menipu orang lain memang mudah tapi menipu diri sendiri tersangat payah...

"Untuk memiliki cinta sejati..kita tak perlu mematahkan hati orang lain biarpun hati kita sendiri hancur berderai.." 

0 comments:

 

Lakaran Kehidupan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea