Followers

Sunday, February 22, 2009

11. Insan Yang Bergelar Wanita

Posted by Iera at 11:38 AM 0 comments
Allah berfirman:


"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya."

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."

"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu."

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."

Petikan ni aku ambik dari email yg diforwordkan oleh sorg kwn..

Thursday, February 19, 2009

10. Aina

Posted by Iera at 12:59 PM 0 comments
Aina demam dan batuk sejak mlm selasa. Merengek tak henti2. Pantang aku bangun pi dapur ke, bilik ke..mulalah meraung panggil aku. Adik aku rajin mengusik. Lagilah kuat dia merengek. Asyik suruh aku dukung aje...15kg..Memang la terasa sgt..

Sepatutnya aku apply leave Selasa je tapi terpaksa continue sampai kelmarin. Kesian jugak nk hantar ke rumah pengasuh. Tapi kelmarin, Aina ok dah sikit. Dia dh boleh main. Mulut pun dah mula bercakap tak henti2... Dah boleh mintak mcm2 kat abah dia. Baru mkn KFC minggu lps mintak lagi kelmarin.

Pg tadi masa aku hantar ke rumah pengasuh, Aina dh nampak betul2 sihat. Alhamdulillah..

Thursday, February 12, 2009

9.Hari Kasih Sayang

Posted by Iera at 3:50 PM 1 comments

Semua staff perempuan kat company aku dpt sekuntum mawar merah sempena Valentine's Day. Kira awal 2 hari. Memang terujalah jugak. Nk harap sapa2 bagi, pyhlah sikit. Tapi bagi aku, setiap hari adalah hari kasih sayang bkn hanya pd 14 Feb je..

Ingat lagi ms muda2 dulu ( he.he..) aku selalu buat kad sendiri utk kwn2 yg agak rapat dgn aku. Seminggu seblm tu aku akan prepare apa yg patut. Lps tu, bila ada masa free aje aku akan buat kad tu siap dgn ayat2 cinta lagi. Ada jugak kwn2 aku yg tempah frame yg dibuat dgn bhn2 dapur.. Frame tu depa nk bagi kat boyfrenz.. Utk nmpak creative dan lain skt.. Sygnya, aku tak pernah buat frame tu utk diri sendiri.. Kalau tak blh tunjuk kat sini..Kira bln Feb aku ada income lebih skt..

Tapi utk 'dia' tu, aku buat lebih special la.. Aku masih simpan lagi kad yg aku bagi kat 'dia'. Bkn aku buruk siku tp semua surat2 cinta, kad2 dan brg2 masa bercinta dulu kami simpan dlm kotak yg sama. Bila pindah rumah, aku bawak sekali la.. Kalau blh aku tak mahu idea yg aku perah dari otak ni terlepas kat org lain sebab ilham yg lahir dari hati yg penuh kasih syg dan keikhlasan amat bernilai...

Monday, February 9, 2009

8.Ujian

Posted by Iera at 1:09 PM 0 comments
Pg tu ( 7/2/09 ), aku pi berjogging kat Empangan Mengkuang Dam. Mcm minggu2 sebelum ni. Hr tu, mak, Ila ( adik ), husband Ila dan Aina ikut sekali. Masa parking motorsikal, aku tak terfikir apa2.. Tapi aku perasan gak la, ada sorang mamat tu dok atas motorsikal mcm tunggu seseorg.. Tgk dari cara berpakaian bkn nk berjogging.. Aku tinggalkan Aina kat mak aku. Aku, Ila dan husband dia ikut arah lain. Lebih kurang 1/2 jam lepas tu, kami berkumpul kat tempat mak aku dan Aina rest. Kebetulan Shikin, sepupu aku ada gak. Mak aku bagitau, Aina buat perangai dari tadi lagi.. Asyik nak balik aje.. Masa nk balik, Shikin dan Ila jln dulu. Nizam ikut depa dr belakang. Aku dan mak aku dok lyn karenah Aina sepanjang jln. Mcm2..

Bila dh hampir dekat parking motorsikal, aku tgk husband adik aku tunjuk isyarat tgn kata motorsikal aku tak ada. Tapi aku pujuk hati aku, dia tgh cari kunci motorsikal dia. Bila sampai kat parking, dia bagitau aku kata memang motorsikal aku tak ada kat tempat parking. Ya Allah! Aku meraung gak la..Depa dh cari satu tempat parking tu tapi tak ada. Helmet aku pencuri tu letak dkt motorsikal Shikin. Helmet mak aku kena kebas. Shikin memang dah pi tanya pada guard India tapi dia ckp dia tak tau dan tak nampak. Aku nangis teruk jugak la. Motorsikal tu dah la aku habis bayar. Bayangkan aku pulun gila2 bayar RM2800 dlm tempoh 1thn je..Ingat sng..Ada 2 org budak lelaki yg ada kat situ bagitau, motorsikal EX5 Meroon memang 'special' skt kat kaki curi motor. Lagipun dah x kluar warna tu. Sekarang ni warna merah lain..Aku memang sayang giler kat motorsikal tu..Banyak sentimental value..Wani pun rasa mcm tu jugak..

Aku dan Shikin pi buat police report dan claim insurans kat kedai motorsikal yg aku ambik. Nasib baik insurans aku 1st party. Ada cover kehilangan. Pegawai polis tu bagitau, susah jugak nak dapat balik motorsikal kalau dah hilang. Aku memang dah tau. Aku tak harap motorsikal tu aku akan jumpa balik. Balik tu rasa letih sgt.. Yalah, motorsikal tu lah aku guna nak pi keje dan ke mana2. 'Patah kaki' aku la sekarang.. Tapi memang aku syak budak lelaki yg awal pg tu aku tgk.. Lagipun, kawasan tu memang familiar dgn kes curi motorsikal. Kalau pun pencuri tu terlepas kat dunia, biarlah Tuhan balas kat akhirat sebab aku bayar motorsikal tu dgn duit halal.

Aina masih tak faham bila aku bagitau motorsikal dah hilang. Aina ingat adik aku, Wani yg pinjam.. Petang tu, aku pi lah survey motorsikal baru tapi mahal sgt.. Biarlah dulu.. Nampaknya, aku kena naik bas balik la pi keje.. Bila fikir balik kejadian2 beberapa hari ni, memang dh ada petanda aku akan kehilangan benda yg aku syg.

1. Aku tak services langsung. Ikutkan tiap2 bln aku services motor tu.
2. Dah sebulan aku tak basuh. Aku memang pantang naik motorsikal kotor. Aku rela lambat pi keje dari naik motorsikal berhabuk. Ni tak, kalau pi sentuh dgn jari je motorsikal tu memang hitam giler...
3. Aku langgar penyidai baju Jumaat lepas sedangkan tanah rata.
4. Aina asyik nangis nak balik masa kat Empangan Mengkuang. Kalau ikutkan Aina memang suka tgk ikan.

Bila susah mcm ni kita akan tau siapa yg akan ada disisi kita. Siapa yg akan bersimpati, yg akan buat tak tahu dgn kita walaupun saudara sendiri. Aku dah nampak tapi biarlah.. Masa kita memerlukan tak semua org akan ingat kita tapi waktu kita diperlukan masa tu kita ni dihargai.. Aku terima ujian ni. Aku tahu pasti ada hikmahnya...

Tuesday, February 3, 2009

7. Pengumuman

Posted by Iera at 11:34 AM 2 comments
Iera baru create satu blog. Tujuan Iera, Iera nak kongsi dgn u all semua karya2 yg Iera hasilkan dari umur 15thn..

http://iera-ilham.blogspot.com/
 

Lakaran Kehidupan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea