Followers

Monday, February 9, 2009

8.Ujian

Posted by Iera at 1:09 PM
Pg tu ( 7/2/09 ), aku pi berjogging kat Empangan Mengkuang Dam. Mcm minggu2 sebelum ni. Hr tu, mak, Ila ( adik ), husband Ila dan Aina ikut sekali. Masa parking motorsikal, aku tak terfikir apa2.. Tapi aku perasan gak la, ada sorang mamat tu dok atas motorsikal mcm tunggu seseorg.. Tgk dari cara berpakaian bkn nk berjogging.. Aku tinggalkan Aina kat mak aku. Aku, Ila dan husband dia ikut arah lain. Lebih kurang 1/2 jam lepas tu, kami berkumpul kat tempat mak aku dan Aina rest. Kebetulan Shikin, sepupu aku ada gak. Mak aku bagitau, Aina buat perangai dari tadi lagi.. Asyik nak balik aje.. Masa nk balik, Shikin dan Ila jln dulu. Nizam ikut depa dr belakang. Aku dan mak aku dok lyn karenah Aina sepanjang jln. Mcm2..

Bila dh hampir dekat parking motorsikal, aku tgk husband adik aku tunjuk isyarat tgn kata motorsikal aku tak ada. Tapi aku pujuk hati aku, dia tgh cari kunci motorsikal dia. Bila sampai kat parking, dia bagitau aku kata memang motorsikal aku tak ada kat tempat parking. Ya Allah! Aku meraung gak la..Depa dh cari satu tempat parking tu tapi tak ada. Helmet aku pencuri tu letak dkt motorsikal Shikin. Helmet mak aku kena kebas. Shikin memang dah pi tanya pada guard India tapi dia ckp dia tak tau dan tak nampak. Aku nangis teruk jugak la. Motorsikal tu dah la aku habis bayar. Bayangkan aku pulun gila2 bayar RM2800 dlm tempoh 1thn je..Ingat sng..Ada 2 org budak lelaki yg ada kat situ bagitau, motorsikal EX5 Meroon memang 'special' skt kat kaki curi motor. Lagipun dah x kluar warna tu. Sekarang ni warna merah lain..Aku memang sayang giler kat motorsikal tu..Banyak sentimental value..Wani pun rasa mcm tu jugak..

Aku dan Shikin pi buat police report dan claim insurans kat kedai motorsikal yg aku ambik. Nasib baik insurans aku 1st party. Ada cover kehilangan. Pegawai polis tu bagitau, susah jugak nak dapat balik motorsikal kalau dah hilang. Aku memang dah tau. Aku tak harap motorsikal tu aku akan jumpa balik. Balik tu rasa letih sgt.. Yalah, motorsikal tu lah aku guna nak pi keje dan ke mana2. 'Patah kaki' aku la sekarang.. Tapi memang aku syak budak lelaki yg awal pg tu aku tgk.. Lagipun, kawasan tu memang familiar dgn kes curi motorsikal. Kalau pun pencuri tu terlepas kat dunia, biarlah Tuhan balas kat akhirat sebab aku bayar motorsikal tu dgn duit halal.

Aina masih tak faham bila aku bagitau motorsikal dah hilang. Aina ingat adik aku, Wani yg pinjam.. Petang tu, aku pi lah survey motorsikal baru tapi mahal sgt.. Biarlah dulu.. Nampaknya, aku kena naik bas balik la pi keje.. Bila fikir balik kejadian2 beberapa hari ni, memang dh ada petanda aku akan kehilangan benda yg aku syg.

1. Aku tak services langsung. Ikutkan tiap2 bln aku services motor tu.
2. Dah sebulan aku tak basuh. Aku memang pantang naik motorsikal kotor. Aku rela lambat pi keje dari naik motorsikal berhabuk. Ni tak, kalau pi sentuh dgn jari je motorsikal tu memang hitam giler...
3. Aku langgar penyidai baju Jumaat lepas sedangkan tanah rata.
4. Aina asyik nangis nak balik masa kat Empangan Mengkuang. Kalau ikutkan Aina memang suka tgk ikan.

Bila susah mcm ni kita akan tau siapa yg akan ada disisi kita. Siapa yg akan bersimpati, yg akan buat tak tahu dgn kita walaupun saudara sendiri. Aku dah nampak tapi biarlah.. Masa kita memerlukan tak semua org akan ingat kita tapi waktu kita diperlukan masa tu kita ni dihargai.. Aku terima ujian ni. Aku tahu pasti ada hikmahnya...

0 comments:

 

Lakaran Kehidupan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea