Followers

Tuesday, April 15, 2014

420. Hatiku

Posted by Iera at 5:15 PM
Aku perlu kuat.. perlu tabah untuk berdepan dengan semua ini. Kerana satu perkara yang bukan salah aku, aku dipandang hina di mata orang lain. Aku dah cuba sedaya upaya mengelak semua ini dari sejak dulu tapi apalah daya aku. Ini adalah takdir yang aku kena lalui. Aku menangis dan merenung apa yang telah berlaku. Aku sangat sedih.. Tapi aku pendam kesedihan itu supaya aku tak melayani perkara remeh temeh yang boleh merosakkan hidup aku. Aku semakin matang berdepan dengan keadaan ini. Aku tak mahu kisah silam yang pernah berlaku dulu berulang kembali.

Terima kasih kerana memberikan aku kesakitan yang teramat ini. Aku sangat setia menyimpan rasa dan kenangan ini. Aku sangat sayang untuk membuang saat-saat manis itu tapi aku takkan sekali bertanding untuk merebut apa yang bukan hak aku..

"Jika pernah ada rindu dihatimu terhadap aku, sesungguhnya aku juga merinduimu sepanjang hidupku..
Jika pernah ada rasa sayang kepadaku, aku juga sangat sayang kepadamu selamanya...
Kerana aku sangat setia pada waktu yang berlalu bersamamu dulu...
Terima kasih kerana pernah mempertahankan aku walau seribu alasan perlu kau lontarkan..

0 comments:

 

Lakaran Kehidupan Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea